Assalamualaikum. Minggu ni berpaket2 tepung habis. Macam2 resepi kuih mel cuba. Salah satunya donut keledek ni. Donut lagiiii! Resepi kali ni memang gebu sangat donutnya. Tapi mel makan satu je, yang terpotong dalam gambar tu. Yang lain mel goreng sikit dan frozen kan. Sebab itu tiada taburan gula gambar ni. Donut yogurt vanilla itu hari yang mel buat tak sempat sampai ke puasa, sedap dan lembut sangat, habis sudah dimakan. uhu
Walaupun mel makan gitu je, tetap sedap. Mel masukkan dalam breadmaker saja untuk proses uli. Senang boleh buat kerja lain. Habis saja diterap, doh tak nampak naik sangat. Tapi bila goreng saja, macam dipam2 pun ada. Memang gebu.
Apalagi kuih boleh di frozen kan? idea..idea...tuan tanah tengah rajin. nanti bila time 'M' datang, tepung pun buat tak nampak..hihii
DONUT KELEDEK OREN
Sumber: K.Nor
Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
~
minyak
gula castor secukupnya
Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan.
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.
Tips:
*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
* gunakan botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. potong bahagian bawah botol.

4 comment
sedapnya.. boleh buatbutk berbuka.
ReplyDeletedh lama x buat donut.sbb saya kurang sikit donut ni.cik abe suka snagat..
Kan..buat bnyk2...froozenkan...bln pose nnti...x yah beli2 kuih dah..jimat tu...
ReplyDeletemorning..
ReplyDeletesmlam saya buat donut ni tp tukar guna labu.itu yg ada. hihi. sedap :)
[ QasehnyaRania ] - nanti labu mel berbuah, nak try guna labu juga la..hihi
ReplyDelete