Frozen

Donut Yogurt Vanilla

10:32 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah satu lagi menu minum petang. Mel buat setengah adunan sahaja. Jadi agak malas nak menggunakan breadmaker. Uli je pakai tangan. Ralit tonton tv tak sedar dah 15 minit menguli.. Kalau tak tengok tv tu 5 minit mau dah rasa lenguh tangan. uhuu..

Baunya masa uli tu wangi, bau vanilla kan. Mel bulat2kan saja sebab hubby suka yang kecil, yang comel2 kuihnya. Susu segar mel ikut kebiasaan mel buat, ganti dengan air tapi mel masukkan 1 sb susu tepung. Hasilnya subhanAllah superrr duperrr lembut. Sangat suka. Goreng sikit saja untuk dimakan, dan selebihnya mel goreng 1/2 masak untuk di frozen kan. Selamat mencuba


Donut Yogurt Vanila
Sumber: jintanmanis

Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram plain yogurt @ natural yogurt
6gram yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair [ susu segar
+1 biji telur (mel ganti susu tepung + air + telur)]
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng


Untuk Salutan
sedikit serbuk gula


Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat, setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan).
2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).
3. Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan

You Might Also Like

4 comment

  1. wahh...sedapnya. Nampak gebu...anak2 suka ni..nanti bole try

    ReplyDelete
  2. Gebunyaaaaa...!
    Anak2 suka donat...bole la try nnti resepi Mel ni...lapar pula pagi2 camni bila tgk donat...

    ReplyDelete
  3. [fazianbatrisyia] [asyifa mustaffa] - memang sangattt gebu..bila di frozenkan dan goreng balik dalam api slow, tetap sedap

    ReplyDelete
  4. nmpk gaya mmg kan jadikan mel panduan klu bab memasak ni.. sedapppp

    ReplyDelete