Kek | Muffin

Kek Pandan Lapis Seri Kaya

11:33 AM


Assalamualaikum. Kek ni lama dah buat. Bulan sudah rasanya. Yang tak rajin nak buat kek yang banyak bahan, bolehlah jamu tetamu dengan kek ni. Sangatlah mudah membuatnya. Hasilnya lembut dan sedang2 saja manisnya.

Time potong, ngapp..ngapp..masuk mulut..Jangan tak caya, masa potong2, sapu2 kaya, habis 1/2 kek ni mel makan. Sedap sangat. Kalau tak kerana nak bagi hubby makan, mau habis terus dikerjakan. Jadi yang tinggal ni je sempat tangkap gambar..itupun comot2 sikit. uhuu.

Selamat mencuba

Kek Pandan Lapis Seri Kaya
Sumber: Siti Delima

Bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung gandum
3 biji telur gred A (+-200g)
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau

Bahan B :
Seri Kaya Secukupnya
Loyang 8" x 11"

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah. (sila lihat di blog E-na ya).
12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).
13. Sejukkan dan belah dua.
14. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan

You Might Also Like

3 comment

  1. cantik kek..mesti sedap ni dengan lapis kaya..^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mel....sedapnya tgk kek tu...kak fiza suka sgt kaya...selalu beli kaya calit kat roti ja...ni blh cuba ni...

    kak fiza pun x suka juga masak2 kalau bahan yg byk2...selalu ja cari resepi yg simple...he he he

    ReplyDelete
  3. teliti nya kerja akk..mcm sodap

    ReplyDelete