AYAM

Sate Daging atau Ayam

3:12 PM


Assalamualaikum. Rasanya ramai yang suka sate kan? Boleh cuba resepi ni juga. Sesekali cuba resepi sate lain bagus juga. Hidangan hari Jumaat lepas. Buat agak banyak. Sedap meratah sampai ke petang. Kalau nak beli, berebut ramai2, memang tak cukup. Buat sendiri puas hati. uhuu.

Macam biasa mel rendam lidinya dulu sebelum buat. Dan bakar sate dalam oven dulu macam resepi sate kajang itu hari. Tapi kali ni mel bakar dalam 10 minit je. Memang cepat masak. Selamat mencuba

Sate Daging atau Ayam
Sumber: Julia

Bahan:

400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate


Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangai
1/2 sudu teh jintan manis - disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai


Cara Membuat Sate :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.


Kuah Kacang Sate

Bahan:

300 gram kacang tanah - disangai
100 gram gula pasir
150 gram gula merah
40 gram asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan minyak masak

Bahan - Bahan Kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - disangai
1 sudu kecil jintan putih - disangai
1 susu kecil jintan manis - disangai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai lada kering - direbus
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - dihiris
20 gram udang kering

Cara Membuat :
Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan air asam jawa. Bancuh kacang tanah kisar Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali
dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis.
Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya

You Might Also Like

2 comment

  1. nasib baik br makan...dan masih ada baki dlm peti ais...kalau tak telan air liur la kita....

    ReplyDelete