DAGING

Daging Blackpepper

12:25 PM


Assalamualaikum. Resepi daging lagi..yeahhh! Nak buat pun mudah sangat. Daging goreng tu mel memang biasa tumbuk walaupun daging batang pinang. Tumbuk macam masak daging dendeng. Kalau makan daging liat, keras dan kejung, adoii mau putus selera nak makan. Kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah cuba sendiri.

Daging Blackpepper
Resepi: mel

Bahan:
200 g daging batang pinang
1/2 bj bawang besar
1 sb lada hitam - kisar
1 helai daun limau purut
Gula perang
Air
Capsicum
Lemon - optional
Garam - jika perlu

Bahan perap:
1 ulas bawang putih
1' halia
Garam

Bahan sos:
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sb kicap manis 

Cara:
1. Hiris daging nipis. Bersihkan dan perap dengan bahan perap 1-2 jam.
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar daging hingga keperangan. Kemudian, tumbuk daging sedikit supaya memudahkan untuk dimasak. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak atau guna minyak gorengan tadi. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan daun limau purut, lada hitam dan bahan sos. Kacau
4. Masukkan daging. Kacau dan biar sos menyerap.
5. Masukkan air. Setelah mendidih, perasakan dengan gula dan garam.
6. Setelah kuah pekat, masukkan capsisum dan sedia untuk dihidang. Boleh perah lemon jika suka

Selamat mencuba 

You Might Also Like

2 comment

  1. salam mel..

    wah, sedapnya..ni memang menu kegemaran sya mel..huhu..^_^

    ReplyDelete
  2. Oooo..tumbuk daging tu lepas digoreng ye Mel. Akk ingatkn ketuk dulu hirisan daging tu sblm digoreng. Mmg kalau mkn daging liat, potong stim betul masa makan tu kan..

    ReplyDelete