RESEPI

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun

9:17 AM


Assalamualaikum. Resepi roti ni ramai yang dah cuba bukan? Memang sedap. Lagi2 makan masa panas. Menu sarapan semalam. InsyaAllah boleh buat lagi lain kali. Kalau makan ramai2 memang berebutlah tang sosnya tu. Harus buat lebih la ye. Selamat mencuba

Roti Sarang Labah @ Bee Hives Bun
Sumber: Izah 

Bahan Doh:
2 cawan tepung gandum

1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 

¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-


**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka - mel letak walnut sekali

Cara:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. - mel uli kejap lepas tu masukkan dalam breadmaker uli lagi.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang tak di on ok..

Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 

Sementra menunggu doh naik on kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Masa bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) Jangan bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2



BUTTERSCOTCH SAUCE 

Bahan:
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter 


Cara:
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. 


NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


You Might Also Like

5 comment

  1. salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com.

    ReplyDelete
  2. Salam mel.. roti mmg jenuh nk habiskan bulat2 satu adunan tu..hehe.. tun wat aritu mula2 kecik lama2 makin besar bulat2 dia..

    ps: ai nk blk kg ptg niii.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. Hihi macam menarik akak tak pernah rasa pula. Ke sebab lama x p pasaraya. Hihihi

    ReplyDelete
  4. ramai dah kwn2 blogger duk buat resepi ni. bila la nak cuba .. nmpk sedap

    ReplyDelete