RESEPI

Lemak Putih Pucuk Labu

2:27 PM


Assalamualaikum. Masa kenduri adik ipar itu hari duk borak dengan jiran2 mil sambil bersihkan labu madu. Kecil comel je labunya. Borak punya borak terkeluar tentang masak lemak pucuk labu. 1st time dengarlah masa tu, pucuk labu boleh makan. Yang biasa makan pucuk ubi je. Selama ni pokok labu berbuah dan menjalar keliling rumah buat tak tahu je...uhuu

Alhamdulillah pagi tadi petik tepi rumah dapatlah sikit sebab pokok labu ni usianya baru 1-2 bulan. Kebetulan ada sebiji labu dalam esbok mel masak sekali. Sebelum masak hubby tanya, tak miang ke nak buat sayur? Tak tahu, mel bantai je. Bab membuang segala bulunya memang rumit sikit. Mel siat mana termampu je.

Hidangan begini memang kena dengan selera hubby. Mel gandingkan dengan ikan cencaru goreng, terubuk ikan masin dan kicap cili. Memang sedap. Mel buat ikut kebiasaan mel masak lemak putih tapi ada juga rujuk blog k.rose kerling2 resepi. Selamat mencuba


Lemak Putih Pucuk Labu

Bahan:
1/4 bj labu
Secekak pucuk labu 
1 batang cili merah - hiris
100ml santan kotak 
100ml air
*1/2 bjawang besar
*2 bj bawang merah
*Sedikit ikan bilis (*tumbuk)

Cara:
1. Rebus seketika labu hingga 1/2 lembut. Buang air, tos dan ketepikan
2. Satukan santan dan air dalam periuk. Hidupkan api.
3. Masukkan bahan tumbuk, cili merah dan pucuk labu.
4. Setelah pucuk labu layu, masukkan labu. 
5. Kacau sebentar. Perasakan dengan garam.
6. Setelah labu lembut, angkat dan sedia untuk dihidang

You Might Also Like

0 comment