Leftover

Leftover #1: Mihun Goreng Sardin

2:21 PM


Assalamualaikum. Hari ni hubby tiada. Keluar berkelah versi orang bujang ke Lambir National Park. Mungkin lain kali aktiviti kekeluargaan, ada para isteri dan anak2 baru boleh join.

Jadi kita ni pun liat nak memasak kalau makan sorang2. Ada lebihan sambal sardin masak malam tadi dalam esbok, jadi mel masak dengan mihun sahaja. Kalau anda peminat sardin macam mel, hidangan ni memang kena pada tekak. Alhamdulillah pedas dan sedap. Ada lebihan sardin tu, tak kiralah kuah nya saja ke, boleh diguna semula buat hidangan begini. Mudah dan cepat. Selamat mencuba

Mihun Goreng Sardin
Resepi: mel

Bahan:
Mihun
Sambal Sardin - resepi di sini
Kicap
Garam
Mix vege - carrot, sawi, kubis
Daun sup

Cara:
1. Mihun dicelur dengan air panas hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan sambal sardin. Hancurkan ikan sardinnya.
3. Kemudian masukkan kicap. Kacau
4. Masukkan nasi dan mix vege. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam. Tak perlu letak banyak sebab sardin dah masin
6. Matikan api. Tabur daun sup sebelum dihidang.
7. Hidangkan dengan timun dan keropok keping

You Might Also Like

1 comment

  1. Orang johor mmg suka makan sardin ye... encik hubby tun nih pon hantu sardin.. tun kalau sambal sardin makan ngan nasi tu ok la.. kalau dh masuk mee ke, bihun ke, mmg xleh telan dh.. huhu...

    ReplyDelete