بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi terjumpa banyak link2 yang bermanfaat untuk jadi insan yang baik. Belajar untuk sentiasa audit diri. Maaf sangat2, bukan nak tunjuk baik, tapi sentiasa nak muhasabah diri. Nauzubillah, minta jauh la dari perkara2 riak ni. Bukan apa, bila bagi nasihat kat orang lain, mel pun ingatkan diri juga. Mahu jadi lebih baik dari semalam! Teruja sangat bila jumpa banyak bahan bacaan yang menarik pengisiannya.
Bercakap tentang link, silalah lanjutkan pembacaan anda dengan membaca web ini. Sebagai contoh tentang isu Solat ini. Juga boleh like fb mereka. Yang ada link2 yang bagus, bolehlah share dengan mel ya.
Tentang resepi pula,sambal sardin ni buat malam semalam. Rasa macam tiap2 minggu buat sambal sardin bulan ni. Apa boleh buat, hubby dah suka sebab sedap kan. Makan berdua, jadi buat setin kecil. Itupun bertambah nasi makan. Mel olah banyak juga dari resepi asal. Boleh la nak try mana2 yang berkenan ye. Syukur alhamdulillah.
Sambal Sardin Sedap
Sumber: mykuali
Diolah: mel
Bahan-bahannya:
1 tin sardin - kecil
*1/2 biji bawang besar- dihiris kasar
*1 biji cili padi dihiris halus
*1 batang serai - titik
*5 bj cili padi - ketuk
1 sudu besar bahan kisar ( cili kering+bawang putih+bawang merah) - memang ada stok
1 sb kicap manis
2 biji belimbing buluh - hiris serong
1/2 bj limau kasturi - ambil jus
sedikit air
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
Bebrapa titik minyak bijan
Cara-caranya
1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnya nanti.
3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan bertanda (*) hingga layu.
5. Masukkan bahan kisar, kciap dan minyak bijan. Tumis hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air.
6. Biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin dan perahan limau kasturi. Kacau rata.
7. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
8. Setelah hampir pekat, masukkan belimbing buluh. Biar seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Selamat Mencuba.

5 comment
Sedapnya mel...kak fiza kalau sardin tumis bawang merah ngan cili padi pun dah laju makan....tp lama dah x makan...nak kena pi beli sardin la....try resepi mel pulak....he he he
ReplyDeleteBaru bli sardin smlm....nak try...tp mcm x ckup bhn pula...belimbing x ada....nmpknya kena try lain kali lah ni....
ReplyDeleteyum yum yummm nampak sedap ni...
ReplyDelete[ asyifa mustaffa ] - Boleh tengok resepi asal sis. Ia letak tomato asalnya. Ini saya dah ubah2 dah ikut selera saya. hihi
ReplyDeleteAkak pun makan sardin semalam. Campur kentang
ReplyDelete