IKAN

Asam Pedas Ikan Selar

4:53 PM


Assalamualaikum. Dari tengahari tadi hingga kini masih hujan lebat di luar. Syukur alhamdulillah. Masak asam pedas ini hari. Slurppp..slurppp.. hirup kuahnya makan depan tv. Memang enak betul makan nasi berlauk asam pedas sejuk2 begini.

Kebiasaannya mel setia pada satu resepi saja. Dah cuba macam2 resepi asam pedas tapi ini yang paling berkenan kat tekak. Mungkin kalau ada resepi lain teringin juga cuba. Cuma kali ini mel ubah2 sikit resepinya. Tetap sedap sama macam asam pedas daging itu hari. Ikan ni memang besar, jadi seekor saja dah cukup. Ditambah dengan hidangan ketam goreng, alhamdulillah kenyang. Tulang2 pun habis diberi pada kucing

Asam Pedas Ikan Selar
Sumber: mel

Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
1 sk ayam knorr
2 sb air asam jawa
1 sk gula
1 sk serbuk kari

4 biji tomato mini - dibelah dua
1 cawan besar air
1 batang daun kesum

1 bj bunga kantan
1 helai daun limau purut
Bendi - rendam dalam air panas hingga 1/2 lembut

Bahan Kisar:
1 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1' halia


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari.

2.. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut. Tunggu lagi hingga mendidih.
3. Masukkan bunga kantan, kiub ayam knorr, gula dan air asam jawa. Rasa kuah supaya cukup segala masam, manis dan masin (agak sesedap rasa)
4. Agak-agak 5 min sebelum tutup api dapur baru masukkan daun kesum, tomato dan bendi. 

5. Hidang

You Might Also Like

0 comment