TIPS

Tips | Gunting

10:41 PM


Assalamualaikum. Kadang2 mel ni suka juga bergaul dengan makcik2 atau senior. Bukan yang jenis kepochi tapi yang boleh dibawa bersembang. Yang boleh ngam dengan kita bila kita cerita isu muda mudi. Bukan sekadar dengar mereka cerita tapi dengar cerita kita juga. Macam2 pengalaman dan ilmu serta tips berguna boleh dapat.

Salah satunya pasal gunting ni. Nak tajamkan gunting? Senang saja. Asah dengan cermin.

Tapi kebanyakan rumah sekarang mana ada pakai cermin dalam gambar ni dah. Ni rumah mak mel. Cuba jaya itu hari, memang tajam sangat. Buat macam kita gunting cermin tu tapi lembut2 la, bergeser kuat kang pecah pula cermin tu. Kalau tiada cermin ni, carilah serpihan cermin atau cabutlah cermin di bedak muka yang dah habis atau tak guna tu.

Satu lagi pastikan kalau gunting kain jangan tibai gunting kertas, gunting rambut ke atau plastik. Lagi dasyat bawa gunting sama potong ayam ikan sekali kan. Cepatlah dia tumpul. Gunting kain kan kena special kalau tak habis jahanam kain tertarik benang sana sini atau tak lurus masa potong kain. *pengalaman sendiri -_-*

Juga gunting ni sensitif sikit. Jangan bagi jatuh. Nanti longgar la skrunya dah tak sedap nak menggunting. Samalah macam kita, kalau jatuh pun rasa sakit juga kan. Lagi2 jatuh motor mau patah riuk cedera sana sini.

Selamat mencuba

You Might Also Like

1 comment