KUDAPAN

Rempeyek Kacang dan Ikan Bilis

10:11 AM


Assalamualaikum. Di kampung, sesetengah tempat tu ada persatuan sendiri. Bila ada kenduri je, mereka ramai2 buat kerepek macam rempeyek ni untuk dihantar ke tempat kenduri ahli2nya. Tapi tak ramai dah buat sekarang, ramai yang beli siap saja dari penjual kerepek. Rempeyek mereka buat memang nipis, rangup dan cukup perisa.

Masa menetap di Banting dulu, pernah makan rempeyek yang ada daun sup. Sedap. Memang ada kelainan. Minggu lepas teringat, mengidam2 nak makan rempeyek. Buat punya buat guna resepi ni menjadilah seperti yang diingini. Nipis, rangup dan yang penting sedap. Kruppp..kruppp..kruppp..kruppp depan tv. Alhamdulillah.. lepas sudah teringin tu..uhuu..

Rempeyek Kacang dan Ikan Bilis
Resepi: Julia

Bahan:

100 gram tepung beras
100 gram tepung jagung
200 ml air / santan cair - mungkin perlu di tambah untuk adjust kecairan adunan
2 ulas bwg putih - ditumbuk lumat
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis - jika suka


Bahan dikisar kering:
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu bear ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis


Cara Membuat :
Ayak tepung beras dan tepung jagung. Satukan kesemua bahan lain ke dalam tepung kecuali kacang tanah dan ikan bilis. Kacau hingga sebati. Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sedang.
Ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalan acuan rempeyek, pusing hingga adunan nampak kemas
dan nipis Segera taburkan kacang dan ikan bilis. Masukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Biar
sehingga kepingan rempeyek lekang dan meluncur sendiri ke dalam minyak gorengan. Goreng hingga
kacang masak dan kepingan rempeyek garing.


* Jika disatukan, kacang perlu dipanggang/sangai sebentar agar seiring tahap ia dimasak dengan ikan bilis. Takut ikan bilis dah garing tapi kacang masih tak masak lagi.
* Mel panaskan dulu acuan rempeyek dalam minyak gorengan sebelum memulakan proses memasak.

You Might Also Like

2 comment

  1. saya suka makan rempeyek ni..x pandai buat..selalu beli ja..hehe..

    ReplyDelete
  2. MIL sy mmg buat rempeyek. Sy bw jual kat opis...hb pon sama...asalnya org tempah2 lama diaorg yg soh jual letak opis jek.
    pg td pon buat...menantu dia sedap jek krup krap krup krap...

    ReplyDelete