RESEPI

Acar Ikan Masin

3:05 PM


Assalamualaikum. Dalam peti ais rumah ni memang ada banyak simpanan ikan masin. Pelbagai jenis. Import dari semenanjung. Di kampung ada satu kedai tu, memang jual macam2 ikan kering termasuk ikan bilis. Mel tahu pun sebab itu hari nak kenduri, ikut ayah beli belah di bandar. Paling mel suka ikan masin bulu ayam. Jadi apalagi borong banyak2 sampai ada yang bertanya 'kat sana takde jual ke?'. Nak jawab pun payah la soalan tu. uhuu.. Kat kedai tu pula ikan masin talang ni takleh potong, kena beli sekeping. Banyak sangat, apalagi paksa mak ambil separuh walaupun rumah mak tu budak2 ni suka ikan pekasam, gelama dan sepat.

Acar ni buat minggu lepas tapi ini hari baru sempat update. Tahu jela, internet rumah aiii ni superrr semput. Hidangan ni sesuailah dijadikan menu tambahan bagi yang suka acar2 ni. Cili kering mel tak merah, jadi warna agak gelap. Cili padi pun tak berapa pedas, jadi mel tambah sampai 40 bj.uhuu. Ramadan tak lama lagi, boleh lah buat awal2 letak dalam esbok. Selamat mencuba

Acar Ikan Masin
Resepi: DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

You Might Also Like

2 comment

  1. ikan masin ni sekali sekala buat acar memang best la kan..menarik dibuat jadi acar..

    ReplyDelete
  2. ai buat semalam n berjaya hanguskan dgn mantapnyer.. hahahaha... kuali panas sgt kot, masuk je rempah2 tu terus hangus. tp mkn je laa sbb xnk membazir.

    ReplyDelete