AYAM

Nasi Kerabu Kelantan

9:42 AM


Assalamualaikum. Minggu lepas baru menjamah nasi kerabu tapi harganya...oomaiii terkejuttt i. Ke di semenanjung pun sama mahal juga? Ni salah satu sebab kenapa si isteri ni perlu lagi gigih melatih diri supaya pandai masak..uhuu. Syukur alhamdulillah dapat memenuhi permintaan hubby beberapa hari lepas. Percubaan pertama alhamdulillah berjaya.

Ada beberapa lauk pauknya yang mel ubah2. Hubby tetiba request, jadi ikut apa bahan yang ada di rumah saja. Yang belum cuba, harus beranikan diri cuba tapi masak kena tenang. Mel ni kalau masak kelam kabut memang tak jadi apa hidangan. Seawal jam 2 petang memasak, sambil2 buat kerja rumah, alhamdulillah hubby pulang jam 5 sudah siap! Resepinya nampak panjang tapi kalau buat satu2 agak senang. Memang berbaloi2 bersilat di dapur lama2 bila dapat makan sedap2.

NASI KERABU KELANTAN
Sumber: DDM

NASI:
1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya - mel guna pewarna biru
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik


Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak. - mel kukus sahaja semuanya


KUAH TUMIS
 

Bahan:
Santan pekat - mel guna santan kotak 
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu sebab budu dah masin)


Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

-------------------------

SAMBAL CILI
Resepi: mel


Bahan:
*5 bj cili padi
*2 bj cili padi jeruk (*Tumbuk)
Air dari cili jeruk

Cara:
Setelah cili ditumbuk, satukan dengan air dari cili jeruk


SAMBAL KELAPA
 

Bahan:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Halia - mel tambah
Serbuk Lada Hitam - mel tambah


Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.


-------------------------

ULAM - ULAMAN: - mel letak apa yang ada di rumah
 

Bahan:
Kacang panjang
Kubis
Daun kesum
Taugeh
Daun selom
Daun kunyit


Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.


AYAM DAN DAGING PANGGANG
Resepi: mel

Bahan: 
200g ayam
100g daging
*1in halia 
*3 ulas bawang putih (*tumbuk)
2 sb madu
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sk serbuk lada hitam
1 sk minyak bijan
Garam secukupnya
Serbuk kunyit

Cara:
1. Satukan semua bahan bersama dan perap selama 4-5 jam
2. Bakar sehingga masak


Lauk Pauk:
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng )
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk

Mel gandingkan dengan ayam dan daging panggang, keropok keping, serta solok lada.
Resepi solok lada, DI SINI.

Cara menghidang:
1.Letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, sambal cili.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Selamat Mencuba

You Might Also Like

8 comment

  1. amboii...ni kalau sy dpt ni tak toleh kiri kanan lagi...bismillah....suap & suap sampai menjilat jari...

    ReplyDelete
  2. tu diaaa... kuar dah nasi kerabuu... tabik spring lahh.. tun kalau buat nih mmg dari pagi duk berperang kat dapur. paling stress bab sambal kelapa tu..

    ReplyDelete
  3. As salam...
    salam perkenalan mel
    sedap!!! asz dh lama jugak x membuat...mmg mahal hargenya kalau plak amik ayam panggang or ikan percik fuhhhh
    mcm x berbaloi

    ReplyDelete
  4. [ fazianbatrisyia ] - memang pun tak toleh kiri kana.diam je makan nasi ni.menikmati!

    [ tun_telani ] - mel buat slow2, itu yang kurang stress tu. kalau jam tu nk makan jam tu baru nak buat, memagn stress gila!kekekee

    [ Siti Asmah Md Yusof ] - wslam.memang tak berbaloi pun as. Kena rajinkan diri buat sendiri. Nak tambah banyak mana pun boleh.uhuu

    ReplyDelete
  5. Akak baru tanam bunga biru tu. Selalu akak buat warna kuning letak serai daun limau purut bawang. Wangi je bau nasi.

    ReplyDelete
  6. sedapnya mel..sya suka sangat makan nasi kerabu ni..tapi di sabah ni susah juga nak cari nasi ni..selalu bila tiba ramadhan baru banyak dijual..

    ReplyDelete
  7. sedapnya.tak pernah buat sndiri lagi asyik simpan resepi je.
    saya ni peminat nasi krabu tau.hihi

    *mel duduk jb ke serawak?
    hihi.. bru kenalkan..

    ReplyDelete
  8. [ QasehnyaRania] - mel duk kat sarawak..kadang2 je balik kampung kat johor nun ^^

    ReplyDelete