RESEPI

Solok Lada

8:43 AM


Assalamualaikum. Di btu ada satu kedai ni jual solok lada tapi hubby tak berapa gemar. Katanya kalau pedas sikit ok. Mel pernah cuba buat sebelum ni tapi tak menepati tahap yang diinginkan hubby. Alhamdulillah buat kali ni berjaya! Mel letak cili padi sikit, memang dia suka. Ada pedas2 manja gitu. Jangan letak banyak2 pula cilinya nanti terjejas rasa ikan dan kelapa tu.

Buat semalam pun guna cili hijau yang tak tahu beli bila. Pendek tapi gemuk cilinya. Menu ni nak buat mudah tapi kalau tak pandai nak balance kan rasanya memang akan fail. Rupa tak lawa mana, tapi sedap! Mel guna kombinasi dua resepi tapi cara membuatnya mel ikut kak madiha. Selamat mencuba

Solok Lada
Sumber : DDM dan FZ

Bahan2
Lada solok atau lada hijau secukupnya (pilih yang besar2 dan lesuh2 kalau boleh jangan pilih lada/cili yang bengkok!)
1 kg ikan kembong / ikan selayang (ambil isinya saja)
1/2 biji kelapa parut saiz besar ~ kalau kecik letak je sebiji (guna kelapa yang agak muda yg berkulit hijau yer)
8 ulas bawang merah
garam secukup rasa
sedikit gula

Bawang putih
Halia
Lada Hitam
Cili padi - mel tambah

Cara2 menyediakan
1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili dan toskan. Belah memanjang cili (jangan putus dan jangan sampai terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang. Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan air paip. Buat sehingga habis dan toskan cili.
2. Sediakan isinya pula. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia hingga halus. Kemudian tumbuk pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut muda dengan menambah garam, lada hitam dan sedikit gula. Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je).
3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh. Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili.. boleh buat bulat2 macam vadei tu.. sesuai untuk budak2 sebab tak pedas.
4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.

You Might Also Like

4 comment

  1. salam mel..

    saya x pernah makan solok lada ni mel..tapi nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. Sedap nya ......pernah buat sekali je dulu. Mkn dengan nasi kerabu.

    ReplyDelete
  3. salam mel.. sedapnyer... yg beli kt kedai jual nasi kerabu kt bintulu ni xsedap solok lada dia.. tun mmg surrender nk buat, tak mampu nk tahan hanyir ikan. huhu

    ReplyDelete
  4. lada yg dibut solok ni warna dia lain sikit kan....hijau muda

    ReplyDelete