RESEPI

Sambal Belacan Mangga Muda

9:28 PM


Assalamualaikum. Alhamdulillah urusan melayan rakan2 yang datang rumah pagi tadi berjalan lancar. Saja sembang2 kongsi pengalaman dan ilmu. Itupun sebab suami masing2 pergi ke Tawau beberapa hari. Jadi single la kami sebentar minggu ni. Nak masak pun tiada mood, jadi rakan2 datang baru seronok sikit, makan berjemaah baru selera. uhuu

Alhamdulillah masa kenduri perkahwinan adik ipar itu hari, mel ni sempatlah duk di dapur menyagat mangga muda bersama2 kakak ipar. Tapi dalam pada tu mata melilau tengok makcik2 ni proses sambal belacan ni. Yela, nak tanya resepi semua orang sibuk. Jadi perhati satu2 persatu la macamana proses buatnya. Siap saja, memang menjadi kegemaran ramai. Pedas, manis, masin dan masam semua cukup. Tapi kalau nak buat, pandai2la adjust ye.

Sambal Belacan Mangga Muda

Bahan-bahan:
Mangga muda - sagat halus
*Cili padi
*Cili merah besar
*Bawang besar
*Belacan
*Garam 
*Gula
*Air masak secukupnya

Cara:
1. Sangat halus mangga muda. Ketepikan
2. Kisar semua bahan (*). Tuang ke dalam bekas.
3. Masukkan mangga muda. Kacau rata.
4. Sesuaikan rasa pedas, masin dan masamnya.
5. Hidang
 

You Might Also Like

4 comment

  1. salam mel,

    asal ja ada sambal belacan mangga ni, memang selera dan semangat betul makan..heheh..

    ReplyDelete
  2. Salam mel.. owh.. senasib la kita, hubby outstation seminggu.. tun ni selalu terliur tgk kerabu mangga la, sambal belacan mangga laa.. tp bila buat, xkene ngan selera pula mkn mangga muda ngan nasik. makan colek mangga je laju.

    ReplyDelete
  3. mengancam betul la sambal tu...
    mel jom singgah...
    http://fazianbatrisyia.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-ciksu.html

    ReplyDelete
  4. Tq share resepi sambal ni mel..nmpk sedap

    ReplyDelete