Info

Redeem

10:17 PM


Assalamualaikum. Hari tu berkesempatan untuk redeem point credit card di Senheng. Itupun nasib baik teringat, kalau tak memang membazir point tu tak digunakan. Nak dekat luput dah point tu.

Oleh kerana ada promosi member card di senheng, duk serbu la tengok barang2 apa yang boleh redeem kannn. Dalam banyak2 barang yang boleh redeem tu, double sided frypan La Gourmet ni je yang aku berkenan. Apa tu orang kata, pemanggang ajaib. Aku google ada yang beli harga RM99.90 kat Jusco. Tapi sini mana ada Jusco, jadi rebut saja mana peluang yang tersedia. Ada juga yang berlabel purchase by purchase. Payah gak tu. Yang aku beli ni harga RM109 saja.

Balik Johor hari tu, xde stok pula. Sudahnya aku beli di Bintulu saja. Alhamdulillah semua lancar. Pasnni berusaha kumpul balik dan redeem banyak2 dengan percuma. Hati gumbiraaaa.. Oh ya, pertukaran point bergantung kepada bank mana credit card anda. Kalau CIMB 200 = RM1. Maybank 250 = RM1 dan bank2 lain sila rujuk kepada mereka. So, sebelum pergi redeem tu, periksalah baki point anda. Kalau guna maybank, anda perlu ada 27250 points untuk beli pan ni ye.

Yang ada credit card tu, ingat2 balik la bila point anda tu tamat ye. Jangan nak kumpul lagi banyak2 point tapi rupanya dah expired. Kalau ada yang nak expired tapi tiada barang yang berkenan untuk ditebus, tukar saja dengan barang apa2, seterika ke, vakuum ke. Lepas tu hadiahkan pada orang lain, mak ayah, mak mentua ke atau cikgu anak anda. Hari guru kan tak lama lagi. Selain point tak dibazirkan, buat orang gembira pun bagus juga kan? Lagipun percuma saja. Pergilah redeem cepat2 la ye.

You Might Also Like

3 comment

  1. bestnya bleh redeem barang yang disukai kan..pemanggang ajaib pula tu..best2..

    ReplyDelete
  2. [ Bbwana adienia ] - memang best kak. Dari kedai sampai rumah senyum sampai telingaaa

    ReplyDelete
  3. apalah menu pertama yg muncul dgn adanya lagomet ni ye

    ReplyDelete