AYAM

Satay Kajang

10:19 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Wallaweiii teruk sangat jerebu sampai darurat ha. Kasihan pada semua yang berada di kawasan terbabit. Cuaca di Bintulu ni panas tapi alhamdulillah tiada bau asap, hangit ke ape. Dah seminggu dua tak hujan. Marilah kita ramai2 berdoa dan solat hajat memohon Allah turunkan hujan. Bolehlah ajak seisi keluarga buat. Moga2 dengan usaha dan doa kita, Allah beri rahmat. Amin

Terus kepada resepi yang memang mengancam ni. Kalau dah namanya satay, memang tak boleh ditolak. Time bakar, time tu juga sua ke mulut..Ngap..ngap..ngapp..Memang enak betul walau tak cicah kuahnya..Aku rendam lidi semalaman & bakar dulu satay dalam oven seperti resepi satay ayam sebelum ni. Nanti nak buat untuk ayam pula. Terbaik lah!

Satay Kajang
Resepi: intai2 dapurfha

Bahan A (Untuk perapan bersama ayam/daging ):-
1.5 kilo daging (seelok-eloknya batang pinang) atau boleh digantikan dengan ayam (bahagian dada)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar 1/2 buku lima)
5 batang Serai
5 camca besar (Penuh) Gula putih
Garam
Kunyit
sedikit minyak

1. Serai & lengkuas - dimesin halus (tanpa air)
2. Campur semua nya dan perap bersama ayam/daging

Bahan C:-
1 biji timun
2 biji bawang besar
Nasi impit 


Cara (C n p dari resepi Sate Ayam):-
Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan bahan percik.


Tak sangka resepi yang sangat mudah tapi menghasilkan kuah yang sangat sedap. Resepi kuah ni memang kena simpan sebab mudah sangat2 nk buat..Rasanya pun lain dari yang lain..Memang betullah, lagi banyak serai dan lengkuas, lagi sedap. Nak tahu rasanya? Kenalah cuba! :)

Kuah Satay

Bahan B:-
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dan 2 bawang putih (Hiris nipis)
10 biji cili kering (mesin halus)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar1/2 buku lima)
10 batang serai
1 kilo Kacang Tanah yang siap di goreng (mesin sederhana hancur)
8 camca besar (penuh/ bun-bun) Gula putih
Asam jawa sedikitttt aja (sebesar duit 10 sen)
Garam

1 keping biskut merry/kosong - hancurkan .Mel tambah

*Serai & lengkuas - campur dan mesin halus (boleh masukkan air sebagai kuah tapi jangan banyak sangat sebab kalau kuah cair kurang sedap)

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai garing.
3. Masukan Cili kering yg dimesin. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan lengkuas, serai, air asam jawa, kacang tanah, gula dan garam.
5. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat
(Lebih lengkuas, serai dan gula ... lebih sedap kuah nya)


You Might Also Like

0 comment