Frozen

Inti Karipap Sedap

8:44 AM


Assalamualaikum. Nampaknya ramai sudah yang menghantar whatsapp ucap salam Ramadan dan memohon kemaafaan. Moga panjang jodoh kita semua bertemu Ramadan.

Alhamdulillah satu lagi kuih yang mel buat untuk di frozenkan. Memandangkan mel tak berapa sihat, dapatlah sikit sebanyak kuih muih dibuat untuk Ramadan beberapa hari lagi.  Kali ni terpaksa buat besar2 memandangkan buatnya pun lewat petang, maghrib jam 6.30 jadi cepat2 habiskan untuk masak hidangan makan malam pula. Dohnya memang mel selalu buat, hubby pun sangat suka. Cuma karipap yang kecil2 tetap menjadi pilihan untuk doh ni. Senang masak, rangup dan sedap. Intinya pun terbaik. Selamat mencuba.


Doh rangup - resepi di sini

Inti Karipap Sedap
Sumber:  Mas  

Bahan :
1 biji keledek saiz besar - mel guna 5-6 bj kentang

1/2 gengam ikan bilis 
2 sudu besar udang kering
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar 

Isi ayam semangkuk
garam
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, bawang, daun kari dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek, ayam dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

You Might Also Like

3 comment

  1. rajinnya mel...buat utk stok frozen. belum ada kesempatan nak buat mcm tu. skrg ni sibuk kemas rumah...bhg stor. so ramadhan xmo buat kerja renyah sgt mcm tu.

    ReplyDelete
  2. sedapnya.
    saya suka karipap inti sardin :’)
    thanks berkongsi mel

    ReplyDelete
  3. mel...
    mmg fav asz la karipap nie...kalau lebih anta sebungkus yea mel.. :)

    ReplyDelete