IKAN

Ikan Pekasam

9:36 AM


Assalamualaikum. Ikan pekasam mak mel memang terbaik. Anak menantu semua suka. Mel dah buat banyak kali tapi tetap tak rasa sama dengan mak punya. Biasalah air tangan ibu kan. Bila mak buat, kita tiada di rumah. Jadi memang tak pernah belajar lah. Cuma tahu bahan2 saja. Makcik mel yang kat Sungai Besar tu lain sikit resepinya, letak limau kasturi gantikan asam keping. Siap jual lagi kat orang.

Orang dulu2 mana ada sukatan. Jadi bila ditanya berapa banyak nak letak bahan itu bahan ini, jawabnya 'Pandai2lah'..uhuu.. Nanti dah buat banyak kali, tahulah bagaimana kan. Cuma mak mel pesan guna garam kasar sebab garam halus tu pahit jadinya. Letak dalam bekas kedap udara di luar saja, tak perlu masukkan dalam peti ais. Guna ikan sungai lagi bagus supaya ikan tak mudah hancur. Biasa mel buat guna sepat, kali ni guna ikan gelama pula. Terjumpa ikan gelama orang jual segar2 dan besar2.

Mel goreng perlahan ikan hingga masak, masukkan cili padi dan bawang besar sebelum diangkat. Makan dengan nasi putih atau pulut memang sedap. Cuma tak sesedap dan sehebat mak punya..ehehe.. Nanti dah pandai sukatannya mel update lagi.

Selamat mencuba

Ikan pekasam
Resepi: mel

Bahan2:
Ikan gelama - sebaiknya guna ikan sungai seperti sepat
Garam kasar

Asam keping
Beras

Kaedah:
1. Letak ikan yg telah dibersihkan dalam bekas kedap udara berselang seli dengan garam dan asam keping. Susunan : garam - ikan - asam keping dan seterusnya diulang hingga ikan habis. (Garam tak perlu lumur pada ikan)
2. Tutup dan biarkan selama seminggu dalam bekas. (Boleh juga disimpan dalam peti ais) 

3. Lepas seminggu, keluarkan. Asingkan ikan, asam keping dan air lebihan. Masukkan air lebihan dalam periuk dan didihkan seketika.
4. Sangai beras dan kisar kasar.
5. Salut setiap ikan dengan kisaran beras. (Mesti letak banyak2 baru sedap)
6. Letak semula dalam bekas kedap udara mengikut susunan asal bersama asam keping yg asal.
7. Curahkan lebihan air yang dimasak tadi.
8. Tutup dan biarkan dlm bekas. Lepas seminggu/sebati boleh digoreng.

You Might Also Like

6 comment

  1. Ikan gelama ikan laut ke mel

    ReplyDelete
  2. [ Suzie ] - ikan gelama tu memang ikan laut kak. Tapi mak mel pernah buat guna gelama, memang hancur kalau goreng, tapi rasanya elok dan sedap. Tu mel pun cuba tu..Tapi mel perap tak lama, jadi tak hancur lagi..hihi

    ReplyDelete
  3. singgaj tengah ahri.hihi
    mel, rindunya kat lekasam saya ni x makan ikan sg tau.tp kalau pekasam ikan lamapam sy belasah.hahaha. lama dh x mkn ada sikit lgi stok.dlm esbok.. nk simpan mkn shaur nnti. hiji

    ReplyDelete
  4. Assalam mel...bestnya Ada resepi no but perkasam.akk suka mkn ikan perkasam, cui ngan nasi panas sesaja pun day sedap Sgt...tenkiu share resepi

    ReplyDelete