Frozen

Karipap Sardin Berkentang

9:17 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minggu ni hujan tak berhenti-henti setiap hari. 1-2 jam je redup, pastu hujan. Kalau tak lebat, renyai. Seronokk sangat. Bukan apa, segala pokok sayuran dan buah-buahan akan membesar dengan baik musim sejuk2 begini. Macam bulan Mei-Jun itu hari, kering. Pisang pun tak berbuah langsung. Tapi tula baik panas atau hujan, percaturan Allah tu terbaik. Kalau musim panas, tandanya kena rajinkan diri siram tanaman. Kalau musim hujan, Allah mungkin bagi rehat. Kena cari hikmah!

Alhamdulillah sekarang pisang memang tak putus-putus buahnya. Labu hari tu pun membesar dengan baik. Baru sebulan tanam tembikai dan jambu air, harapnya menjadi juga. Kalau aku ni peniaga buah, mau tersenyum lebar tengok hasil tanaman menjadi.

Lepas Maghrib semalam sempat menguli doh untuk karipap. Selalu sangat guna resepi doh ni. Memang rangup dan tak berminyak karipapnya. Aku buat kecil2 atas pemintaan hubby, senang nak makan katanya. hehehehee

Karipap Rangup
Sumber: Jintanmanis

Bahan2:
500g tepung gandum
50g tepung beras
50g tepung ubi
1 sb gula
1 st garam
2½ sb majerin*
¼ cwn minyak* (* panaskan)
Air sejuk yang dalam peti ais


Cara2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan dan isi dgn inti kesukaan Buat sehingga habis.


3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing. - mel letak dalam dulang dan bekukan semalaman. Keluarkan dan masukkan dalam bekas

Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh. - mel perap 30 min


Inti sardin berkentang:
Resepi: mel

Bahan:-
1 tin sardin kecil
*7 bj cili padi
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih (*tumbuk)
3 bj kentang saiz sederhana - dadu kecil 
Garam, air, minyak tumisan

Cara:-
1. Tumis bahan tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan sardin dan hancurkan ikannya. 
3. Kemudian masukkan kentang dan air. Kacau sebati. Tutup dengan penutup.
4. Setelah kentang lembut, perasakan dengan garam
5. Angkat setelah kuah kering. 

*Inti ni memadai untuk 1/2 adunan doh.  


You Might Also Like

6 comment

  1. sedapnya. lama tak buat karipap. nantila senang2 nak buat jugak. resepi doh tu mmg bestkan...

    ReplyDelete
  2. [ fazianbatrisyia ] - Memang best resepi doh ni. Hujan sejak akhir2 ni, pekena karipap memang laju je makan.

    ReplyDelete
  3. Yelah...musim hujan ni...mmg smua cepat naiknya...dgn rumput pun sama je...
    Sedapnya dgr...mcm2 sumber mkanan ada ye dirumah tu...best2...

    Cantik btul karipapnya tu...mmg sedap mkn time cuaca gini...

    ReplyDelete
  4. mel alahai sedapnya karipap ni.Sedp di makan waktu karipap tu masih pns lagi...berasap2 mulut...tkasih diatas resepi...nnti bole saya cuba...

    ReplyDelete
  5. [ asyifa mustaffa ] - karipap tu pakai acuan kak. Kalau buat besar reti la nak kelim cantik2 tapi kalau kecil2 gini, terpaksa guna acuan. uhhuu

    [ Umie Jazz ] - memang time suam2 makan. Sedap sangat kan, x sempat sejuk..hihi

    ReplyDelete
  6. salam..

    wow..sedapnya..time macam ni memang best kalau dapat makan karipap.

    ReplyDelete