IKAN

Asam Pedas Ikan Merah

10:41 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Buat apa hari ni? Cadang nak sapu2, kemas2 skit rumah. Musim hujan jadi banyak binatang yang terbang2 tu masuk rumah. Itu boleh tahan lagi sebab time hujan je dia masuk. Tapi rumah ni banyaklah labah-labah. Kecil ada, sederhana ada, besar pun ada. Seram sejuk aku. Sawang2 di siling memang xde. Luas sangat rumah, banyak sangat tempat dia bersarang. Kadang2 tengah masak, dia duk lari2 tepi kabinet dapur semua..uhhuuhu

Bukankah ku kata itu hari aku nak buat lagi guna resepi sama sebab aku dah terrrsuka sangat. Ha ni dia tapi guna ikan pula. Cuma belimbing buluh tak letak. Segan pulak aku asyik minta rumah akak tu je, walau rumah dia berlambak2 xde orang guna. Tapi aku tak tebal la muka nak minta lagi. Tunggu pokok belimbing 2 pokok belakang rumah ni berbuah la.

Ikan yang aku jumpa di pasar xde kecil2, semua besar. Kali ni guna ekor saja. Tapi kalau nak compare antara ikan dengan daging, aku suka daging lagi. Mungkin yang daging tu ada belimbing buluh kott..Memang sedap. Aku paling suka kuahnya. Fuhhhh..

Asam Pedas Ikan Merah
Sumber: melinblossom

Bahan-bahan:
1 kg daging - mel ganti ikan merah
1 ketul kiub ayam knorr
1 sudu kecil asam jawa Adabi - ganti 2 sb air asam jawa
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kari
4 biji bawang merah kecil (shallots) - ditumbuk lumat
5 biji belimbing buluh - dibasuh dan dipotong dua - mel tak letak
1 biji tomato - dibelah empat - mel lebihkan tomato
3 cawan besar air
2 batang daun kesum - mel tambah
2 bj bunga kantan - mel tambah
3 helai daun limau purut - mel tambah

Bahan Kisar: - mel tambah
5 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1' halia
1' lengkuas
1 batang serai
5 bj cili padi

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah sampai kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing. Bila dah garing masukkan serbuk kari n gaul rata.
3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan daging dan daun limau purut. Tunggu lagi hingga mendidih.
4. Masukkan kiub ayam knorr, gula dan air asam jawa. Rasa kuah supaya cukup segala masam, manis dan masin (agak sesedap rasa)
5. Agak2 5 min sebelum tutup api dapur baru masukkan belimbing buluh, daun kesum, bunga kantan dan tomato.

* Daging boleh diganti dgn ikan atau ayam
** Kalau nak lebih sedap boleh masukkan sama ada daun kesum, bunga kantan atau daun limau purut

You Might Also Like

3 comment

  1. Asam pedas mmg peberet! Suka sngt2...

    Re : kg sy tu di gemas n9..jauh mungkin kut mel...;-)

    ReplyDelete
  2. hai, salam kenal dr SRC..

    saya datang sini dan follow..sudi singgah dan follow blog saya ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq.Apapun, asam pedas tu nampak sedap..peberet saya tu..

    ReplyDelete
  3. Salam mel... kt sini hujan ke, panas ke, mmg byk serangga... hihi..
    tun kalau jumpa ikan merah, kepala dia tu mmg dh chop awal2 nk wat kari. ekor tu baru ikut selera encik abg ni dia nk makan apa..tp, kalau dh org johor tu, mmg minat asam pedas kan :)

    ReplyDelete