NASI

Nasi Goreng Bunga Kantan

5:43 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Oleh kerana balik kampung kelam kabut itu hari, tak sempat nak meraikan hari ulangtahun hubby dan anniversary kami. Tapi sebelum balik, sempat meraikan dengan kek Peanut Butter Cheese Cake. Memang sedap.Tak sempat tangkap gambar before makan, masuk dalam esbok, terbalik pula, habis bertebaran rupanya..huhuu

Alhamdulillah atas segala kurniaan Ilahi. Moga teguh rumahtangga kami, dijauhkan dari segala fitnah, dimurahkan rezeki kebahagiaan dunia akhirat, harungi setiap dugaan dengan tabah dan sabar, dipelihara keluarga dan keturunan kami agar kekal dalam keimanan pada Allah s..w.t. hingga akhir hayat. Juga dipertemukan dengan sahabat2 yang baik. InsyaAllah. Amin


Ada yang puasa kah hari ni? Kot2 tak tahu nak masak apa, bolehlah menjamu dengan nasi goreng simple ni. Sejak duk sini, macam2 resepi dan rupa nasi goreng dah kucipta. uhuu. Biasanya kami makan dengan keropok dari Terengganu, kali ni makan dengan keropok ikan parang Mukah pula. Btw, nasi goreng ni sedap dimakan bersama ayam goreng. Selamat mencuba

Nasi Goreng Bunga Kantan
Resepi: melinblossom

Bahan:- 
2 cawan nasi putih
*7 bj cili padi
*3 bj bawang merah
*1 ulas bawang putih (*Tumbuk)
1 batang serai - hiris kecil 
1 batang bunga kantan - hiris
1 sb sos tiram
1 bj telur
Garam, minyak tumisan
Daun sup, bawang goreng 

Kaedah:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk (*) hingga kekuningan. 
2. Masukkan telur, gaul hingga telur sedikit masak.
3. Masukkan nasi, serai dan bunga kantan. Gaul rata.
4. Kemudian, masukkan sos tiram. 
5. Perasakan dengan garam
6. Tabur daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.
7. Sedap dimakan bersama ayam goreng dan keropok ikan


You Might Also Like

4 comment

  1. Mak sedara sy orng kelantan...suka sngt goreng nasi buh daun kantan....sedap..!

    ReplyDelete
  2. X sempat nak wish...dah tersend...

    Hepy anivesary buat Mel n asbennya...moga bahagia...selamanya till jannah...:-)

    ReplyDelete
  3. Salam mel.. amiinn aminn.. tun aminkan semua doa mel :) arini buka puasa goreng suhun je, encik abg tiba2 kene gi meeting kat putrajaya, so pagi td amil flight, esok balik. huhu..
    sama la kita, tun pun dh mcm2 nasik goreng campak2 dlm kuali tu. hihi.. tp nasi goreng campur bunga kantan mmg sedap.

    ReplyDelete
  4. [ asyifa mustaffa ] - amin..amin..mekacih ^^

    [ tun_telani ] - wsalam.dakpe, suami tun jenis tegar ke sana ke mari. Puan tun jela kena kuat slalu ditinggal sorang2. Moga pindah cepat2 dan takdela kena tinggal dah..hihi

    ReplyDelete