KUDAPAN

Kerepek Pisang Tanduk

10:34 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah panjangkan umur mel lagi untuk kesekian kalinya menyambut hari lahir. Pagi2 sahur dapat wish dari hubby. Semoga jadi insan lebih baik dan isteri yang solehah. Amiin.

Pagi ni mel belajar satu benda dari rakan fb. "The Law of  The Garbage Truck". Kita ni kalau ada sisi/emosi negatif diumpamakan seperti garbage truck. Bila sesuatu yang tidak diingini atau tidak disukai berlaku, kita akan humbankan sampah (emosi negatif) itu pada orang lain. Itu yang kalau masa marah tu keluar semua perkataan buruk tu.

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda,

“Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.” ~ Islam

Sangat sesuai mel rasa untuk diajar pada anak2 atau orang lain. Bila nak marah je, akan teringat tentang law ni. Pagi2 duk peringat diri dan suami buang emosi negatif dari dalam rumah. Nanti diri tu idokk le jadi garbage truck kan.

----------

Moh layan hidangan pertama untuk lebaran nanti. Hidangan ke? Kerepek ok. Mel kan penggemar setia pisang tanduk, jadi memang suka sangatlah kalau dapat buat kerepek ni. Buat petang semalam dan sudahnya tak berapa sempat masak hidangan berbuka.

Jadi mel panaskan pizza yang mel buat minggu lepas, yang di frozenkan. Alhamdulillah, kerepek siap, hidangan berbuka pun siap!

Kerepek Pisang Tanduk

Bahan:
Pisang Tanduk
Air Garam
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Sagat pisang ke dalam minyak
2. Goreng hingga keemasan sambil dikacau supaya tidak melekat.
3. Pabila dah garing, masukkan sesudu air garam. Kacau2
4. Angkat. Ulang sehingga pisang habis

You Might Also Like

3 comment

  1. sedapnya krup krap krup krap...hb aritu ada ckp nak buat...senyappp jek dah ni.

    Mel...happy birthday...panjang umur murah rezeki & dlm redha Allah. amin

    ReplyDelete
  2. Nasihat yg bermakna tu Mel. Sedih juga...bln2 puasa ni...pada sy ckup2 ler video tu dishare2....abih yg mengomen pun sy tgk mcm beria lebih...ntahlah...manusia2...

    Teringat kcik2 dlu...pgi beraya rmh jiran...rmh sape yg mmg dah tau tiap thn buat kepek pisang....rmh tu dituju dlu...siap buh dlm bju kurung lg....bungkus nk bwk blik...hahaha....teruk perangai! Sebab feveret....nk buat cmne....):

    ReplyDelete
  3. mmg layan la makan kepek pisang.
    saya suka guna pisang abu.lama dh x buat.
    dlu msa dok jb rajin buat.stok pisang byk..
    balik kl beli kepek siap sedia.hihi

    ReplyDelete