IKAN

Gulai Ikan Tenggiri

9:20 AM


Assalamualaikum. Salam takziah untuk keluarga dan pihak2 yang terlibat dengan tragedi MH17. Tahun 2014 banyak benar dugaan buat kita. Jangan tanya kenapa atau mengapa Allah beri dugaan begini ke atas Malaysia. Kehendak Ilahi. Agar kita kembali mengingati Dia. Kembali mengingati mati. Kembali agar lebih mencintai akhirat dari leka dengan dunia. Ampunkan kami Ya Allah. Al Fatihah.

Kita yang masih diberi kesempatan ini, teruskan hidup sebaiknya untuk kebahagiaan di alam sana.

Menjengah sudah ke hujung2 Ramadan kita ini. Masih bersemangat untuk menyediakan juadah berbuka? Bolehlah cuba hidangan ikan yang memang sedap ini. Mel masak selama 2 jam sahaja. Digandingkan dengan nasi lemak dan juga ulam selom. Stok rempah masak cap bunga ros ni memang sentiasa dibeli tiap2 kali balik ke Ganu. Nak cari di Bintulu memang tiadalah kan. Jadi memang bertambah nasi makan atas kesedapan gulai dan juga adanya belimbing buluh. Alhamdulillah


Gulai Ikan Tenggiri
Sumber: azie

Bahan bahan:
1 ikan Tenggiri (direbus bersama asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah) - resepi asal ikan tongkol
10 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas - dihiris
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk jintan manis
1 senduk cili giling
1 sb kerisik
1 kpg kecil gula melaka
1 inci kulit kayu manis
1/2 sb rempah masak cap bunga rose
Santan
Garam
Gula Melaka
Segenggam cili padi

Belimbing buluh - mel tambah

Cara cara:
1. Semua bahan untuk kuah diblender kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.
2. Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, gula melaka, rempah dan kulit kayu manis.
3. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.(masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
4. Setelah pekat, masukkan belimbing buluh. 

5. Matikan api. Boleh diletak cili padi untuk hiasan.

You Might Also Like

1 comment

  1. wah sedapnya.
    menu saya semalam pon ikan tenggiri juga.tersama pulak kita ye. hihi.
    cma saya buat asam pedas :)

    ReplyDelete