Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang

4:52 PM


Assalamualaikum. Sabtu itu hari kami berlepas ke KL atas sedikit urusan peribadi. Dan pulang semula ke bintulu keesokan hari nya, ahad. Sama seperti itu hari, kami bermalam juga di Bangi. Sempat berbuka puasa dan bertemu dengan 2 orang adik beradik mel. Juga membeli barang kelengkapan menyambut lebaran di Bangi dan Putrajaya.

Tiket berlepas balik jam 5.20 petang. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam 10 min. Waktu berbuka di Bintulu lebih kurang 6.41 petang. Jadi memang kami tahu akan berbuka di atas awan tu. Gambar ni mel ambil tak lama sebelum waktu berbuka. 38000 kaki.

Ilmu ni perlu tahu. Rugi kalau tak tahu. Sebab apa? Tak dapatlah pahala berbuka di awal waktu jika nak tunggu mendarat kan. Yela ragu2 dengan waktu berbukanya. Jangan bila dah alami situasi ni baru menggelabah, bukan boleh google pun atas awan tu kan.

Fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, waktu berbuka bagi mereka yang berada di atas kapalterbang adalah dengan melihat ke luar tingkap kapal terbang bagi memastikan matahari sudah terbenam atau tidak. Waktu berbuka tidak akan mengikut waktu destinasi atau tempat bertolak ~ info

Bolehlah kita ikut panduan seperti dalam fatwa ni. Tapi alhamdulillah semalam adanya anak kapal yang membuat pengumuman tentang masuknya waktu berbuka puasa bagi semua muslimin dan muslimat. Jadi semua yang berpuasa makan ramai2.

Bila tengok luar tingkap, Allah...syahdunya berbuka atas awan tu tengok langit Ilahi.
Teringat MH17, MH370, Gaza, orang2 miskin, gelandangan, orang susah.
Nasib mereka....

Hasbunallah wa ni'mal wakil

You Might Also Like

3 comment