RESEPI

Bergedil @ Pegedil Udang Kering

12:33 PM


Assalamualaikum. Kebetulan memang ada udang kering tawar kat rumah ni, jadi mel buat bergedil. Makan dengan soto ayam entry semalam. Tapi terlama sikit masaknya. Gelap sikit. Kelam kabut sikit masa buat soto dan bergedil ni..uhuu. Tapi tetap sedap lah! Selamat mencuba

Bergedil @ Pegedil Udang Kering
Sumber: Madihaa

Bahan-bahan:
1kg kentang

Bahan Sambal - blend 

15 biji bawang merah (MaDiHaA kisar separuh aje.. separuh lagi dibuat bawang goreng)
5 biji bawang putih
5 tbs udang kering (MaDiHaA guna udang kering jenis tawar)

Bahan tambahan
Daun bawang
Daun sup
Telur

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas kulit, potong mcm wedges, cuci bersih then goreng 3/4 garing. Tumbuk atau lenyek lumat kentang semasa masih panas.

2. Panaskan minyak dalam 2 tbs, goreng bahan sambal sampai garing. No salt needed sebab udang kering dah masin. (sebab MaDiHaA guna udang kering jenis tawar... so memang kena tambah garamlah)
3. Gaulkan bahan sambal dengan kentang yg dah ditumbuk lumat. Masukkan daun sup dan daun bawang (dan bawang goreng) yg dah dipotong halus.
4. Bulat-bulatkan pegedil or apa2 bentuk yg nak dibuat, celup telur, goreng hingga garing

Nota MaDiHaA : actually bergedil tak garing.. ia sangat2 lembut dan fragile.. so hati2 masa menggoreng yer.

You Might Also Like

2 comment

  1. Mel xpernah try lg begedil version u.kering nie....dpt mkn dgn soto mmg kn sgt a tue

    ReplyDelete
  2. blom pernah buat begedil udang kerinf

    ReplyDelete