RESEPI

Gulai Udang Galah dengan Tempoyak

8:37 AM


Assalamualaikum. Aduhai sejuk benar pagi ni. Sekali angin menyapa badan, terasa sejuk hingga ke tulang. Badan mel ni dah la mudah sangat masuk angin. Sekali dia masuk, habis bisa dan lenguh2 satu badan. Nak keluar susah benar. Minum air halia pun tak jalan kekadang tu. Nampaknya kena gigih lagi bersenam, jogging bagi angin keluar dari badan. uhuu

Alhamdulillah terima kasih pada bonda tercinta kerana membekalkan tempoyak untuk dibawa pulang ke Bintulu ni. Bawa pulang dari hujung tahun lepas dan guna jimat2. Khuatir cepat habis. Kebiasaannya masak siakap bakar tempoyak kegemaran hubby tapi musim hujan ni tiada jumpa pula siakap. Jadi masak dengan udang pula. Tetap dia suka. Lagi pedas lagi sedap. Paling dia suka tang belimbing buluh tu. Kalau tiada memang akan cari. hehe

Gulai Udang Galah dengan Tempoyak
Resepi: mel


Bahan:

200g udang galah
1sb tempoyak
100ml santan kotak
200 ml air
1 helai daun kunyit - carik/ikat
Belimbing buluh
Minyak, garam

Bahan Tumbuk:
10 bj cili padi
3 bj bawang merah
1 in kunyit hidup

Cara:
1. Pijarkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan tempoyak. 
3. Masukkan udang. Gaul biar sebati dengan bahan tumis. 
4. Kemudian masukkan air dan santan kotak. Perlahankan api dan biar udang masak.
5. Setelah mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kunyit.  
6. Perasakan dengan garam.
7. Setelah mencapai kepekatan dan juga perasa yang diingini, matikan api. Hidang dengan nasi panas.

You Might Also Like

5 comment

  1. sedapnya udang galah.akak suka makan belalai dia je...hehhe

    ReplyDelete
  2. fuh...sedap ni mel..udang kegemaran wana..tambah lagi ada tempoyak..memang sedap la..

    ReplyDelete
  3. my pebret udang galah tempoyak ni .
    setakat yg dh penh buat blm try letak belimbing buluh.
    thanks dear berkongsi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..mel aduh..mmg peberet kak uj la udang galah msk tempoyak ni..tapi tula susah nk carik udang galah..huhu..

    ReplyDelete
  5. salam singgah.. sekarang ni dah musim sejuk kat malaysia ni kat sini pun melpaginya sejuk sampai ke tulang macam feeling2 london pulak hii... dah lama tak buat masak guna tempoyak ni.. teringin pulak bila tengok menu ni

    ReplyDelete