Assalamualaikum. Ok projek masa terluang. Buat clutch. Nampak simple tapi kena ada teknik yang betul nak menjahitnya. Kalau tidak, memang akan tetas sajalah kerjanya. Rework. Redo. Recycle.
Bila dah terjun ke dunia jahitan ni, mel baru faham kenapa barangan handmade sangatlah mahal. Tak kiralah produk jahitan atau produk makanan. Paling utama sebab ianya customize hanya untuk individu tersebut, kiranya satu saja ada dalam dunia ni. Satu lagi ia bukanlah pembuatan besar2an, hanya produk kecil2an dari rumah, homemade. Maka bahan2nya pun bukan dalam kuantiti banyak yang boleh dibeli pada harga borong. Akhir sekali tentunya dibuat guna tangan, guna skill yang ada bukan guna mesin di kilang2. Jadi masa yang lebih diperlukan. Maka kos jualan haruslah mahal untuk menampung semua kos pembuatan.
Berbalik pada clutch yang mel buat ni, dibuat khas untuk bonda tersayang. Mel buat besar sikit dan panjang talinya agar boleh memuatkan hp serta memudahkan pegangan. Memang banyak tutorial clutch di web. Tapi kalau tak kena gaya, tak faham teknik, memang tak boleh buat. Lepas ni mel nak cuba penambahan beberapa lapisan di dalam dan cuba pelbagai teknik lagi. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan nak timba ilmu lagi. Amin
4 comment
cantiknya clutch..mel memang kreatif dan ada bakat..boleh buat bisnes tu mel :) buat untuk wana satu boleh?heeee ;P
ReplyDelete[ Bbwana adienia ] - insyaAllah boleh wana..Kalau ada rezeki. amin
ReplyDeletecantiknyerrrr :)
ReplyDeleteberangan jugak nak menjahit...weeeee....
ReplyDelete