DAGING

Rendang Kambing (Tanpa Santan)

8:35 AM


Assalamualaikum. Semalam pagi rebus nasi impit. Ingatkan nak buat lontong goreng untuk dinner. Tapi hubby nak makan dengan rendang. Oleh kerana akan meninggalkan rumah beberapa hari pulang ke semenanjung, jadi nak buka santan kotak adalah satu perkara yang membazir. Nanti guna sekali dan terbiar dalam petiais saja. Sudahnya ketongsampah! Santan kotak dahlah mahallll.

Fikir punya fikir lenjan saja masak tanpa santan. Tapi masih berkerisik. Jadi tidaklah rasa sangat tiada santan tu. Rasanya? Sama je macam rendang biasa. Sedap! Siap bawa ke sarapan pagi ni.uhu

Rendang Kambing
Resepi: Mel

Bahan A (perap):
250g daging kambing - hiris nipis
1sk jintan manis

Bahan B (kisar):
3sb cili kisar
4 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
7bj cili padi
1 in lengkuas
1 in halia
1 batang serai

Bahan C:
1 sb kerisik
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit 
1 keping asam gelugur
Minyak secukupnya
Gula merah secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara:
1. Perap daging selama 10 min.
2. Pijarkan minyak. Tumis bahan B hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan A. Biarkan daging kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
4. Masukkan air. Masak hingga daging empuk.
5. Masukkan asam gelugur, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Setelah kuah pekat dan mencapai perasa yang diingini, matikan api. Hidang dengan nasi impit atau pulut kuning.

You Might Also Like

1 comment

  1. wahh... mel nk balik sgmat or kuala berang?
    tekak tun xleh masuk kamben nih.. kalau husben nk mkn dia kne mkn kat kedai sbb tun nk pegang daging pon kembang tekak, apatah lg nk masak.. hehe

    ReplyDelete