IKAN

Siakap Bakar Tempoyak

10:01 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah malam tadi hujan. Walau tak lebat, tapi sejuk la sikit2. Ke bandar kelmarin, ya ampunn panas sesangat. Bermandi peluh rasanya seharian. Harapnya hari ni hujan la lagi. Hari tu aku jumpa seorang chinese lady, borak punya borak dia kata tempat ni harga barang standard KL dah. Sewa rumah apatah lagi. Mahal bebenor. Yela ramai orang kuar masuk nak kerja di bidang oil & gas. Yang kelakar dia kata, bukan semua majikan kaya. Jadi tak semua orang berduit di sini. Kasihan pula aku dengar. Apa boleh buat, bandar minyak. Yang kurang duit, kenalah berjimat. hihi

Setiap kali lebaran, memang masak hidangan ni. Kebiasaannya rumah kami last sekali dikunjungi baraan. Jadi sudah tahu mereka datang mesti akan makan nasi. Macam tahun ni jam 12.30 tgri datang ke rumah. Bapak aku cerita baru nak mula baraan, ada yang tanya, tahun ni makan apa lauk tengahari. haha. Alhamdulillah tiap2 kali hidang juadah ni, kami tinggal cuci pinggan saja. Memang licin. Sedap dan semua orang suka. Aku yang tak berapa makan durian pun suka. hihi

Tapi itulah, orang dulu2 mana ada nak ingat resepi. Main campak2 dah sedap. Jadi kalau nak buat, pandai2 la korang adjust. Rasanya manis2 pedas gitu.


Siakap Bakar Tempoyak
Resepi: mel

Bahan2:-
1 ekor ikan siakap - dibersihkan & lumur dengan garam
*Bawang merah
*Cili merah
*Cili padi
*Kunyit hidup
Tempoyak
Daun kunyit - hiris nipis
Garam, gula

Cara:-
1. Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam. Ketepikan.
2. Satukan tempoyak dengan sedikit gula. Ketepikan.
3. Kisar semua bahan bertanda *. Ketepikan.
4. Satukan semua bahan di dalam foil foam dan tabur daun kunyit.
5. Bakar selama 1 jam dalam suhu 180C atau sehingga masak
6. Hidang



You Might Also Like

1 comment

  1. mestilah sedap tu..sy sukan durian tapi tempoyak tak....sejak duduk merantau konon...boleh jugak jamah....sekarang dah pandai makan. tak ada tak cari, kalau depan mata rugi tak makan

    ReplyDelete