TTC

Susu Kambing Segar

5:24 PM


Assalamualaikum. Aku ni duk lalu lalang Lebuhraya Segamat-Kuantan tiap2 kali balik raya. Sebelum ni dah tahu dah ada jual susu kambing segar kat tempat ni tapi time aku balik, time tu la dia tutup. Dulu kedai kecil je, sekarang sudah ada kedai botol susu lagi..hehe. Packaging yang cantik, botol yang comel memang rasa suka pula beli. Kalau di btu yang pernah aku jumpa sebotol kecil RM10 tapi tak pernah beli la sebab tak tahu sumber dari mana.


Beli lagi banyak lagi murah. Kami beli 5 botol RM20 sahaja. Masa berhenti tu, ramai juga yang beli. Susu lembu pun ada. Para TTCians sekalian, yang nak cari susu kambing untuk diblend dgn kurma, boleh beli di sini. Aku minum seteguk je, tak tertelan. Yang lain adik dan hubby yang minum. uhu

Raya hari tu ada seseorang tanya, berapa lama dah kahwin. Bila aku jawab saja, dia kata,
                "Ish..Ruginya takde anak. Rugi..rugi..ruginya"

Aku tak rasa ape pun tapi kita manusia ape kebaikan orang buat kita ingat, apatah lagi keburukan. Sampai sekarang aku tak paham konsep rugi tu sebab kita ni berpegang pada rezeki di tangan Allah bukan di tangan kita. Kot iye pun nak cakap, tolonglah doakan yang baik2 bukan cakap buat orang sakit hati.

Agak susah untuk berhadapan dengan orang sebegini.
Untuk mendoakan kebaikan orang lain jauh sekali. huh..

Andai kata kita ni satu hari tanya orang tentang isu anak/kahwin, please la doakan "InsyaAllah tahun depan ada la tu". Bila gembirakan orang kan dapat pahala, tapi buat orang sakit hati, sindir2 orang, apepun tak dapat. Lagipun tak payahlah nak tanya isu anak/jodoh ni, banyak lagi soalan lain boleh tanya. Family sihat ke? Tinggal kat mana? Dah melancong ke mana? Tak la mengguris perasaan orang. Cubalah bermulut manis sikit.

Kita ni jangan buat orang sakit hati, nanti kena batang hidung sendiri. 
Kalau tak kena kat anak, nanti kena kat keturunan.
Kot2 orang yang disindir tu tergolong dalam golongan yang dizalimi, dah makbul doanya. Tak pasal2 mudarat diri dan keluarga.

Aku fikir positif je. Sedih tidak, marah jauh sekali. Apa jua yang baik atau buruk datangnya dari Allah. Sesungguhnya Allah datangkan orang2 seperti makcik ni untuk buat aku jadi lebih sabar. Alhamdulillah ^^

Minta maaflah alamat tak jelas sebab masa ni kelam kabut packing nak balik Bintulu. Jadi gambar kabur.  Tak pasti waktu dibuka/tutup pukul berapa. Masa kami pergi tu hari Rabu jam 1 petang masih dibuka. Kalau guna lebuhraya Kuantan-Segamat tu kedainya tepi stesen timbang, 8 km dari simpang masuk Felda Selancar. Ala kalau nampak botol susu besar tu, iyelah tu.




You Might Also Like

3 comment

  1. Bagusnya sesiapa yg dpt minum susu segar mcm ni..akk pun rasanya mau seteguk je boleh lepas dlm mulut..

    ReplyDelete
  2. Ooo.. selalu nmpk botol susu besar tu, tp xpenah nmpk ada org pun...
    mmg raya paling tahan telinga. aritu tun x tepu sgt dgn 'soalan' makcik2 ni kan. pegi satu umah makcik tu, masa naik salam terus dia pegang perut 'ni kosong lagii.. bila nk isi', terus tun wat drama air mata kt situ. amik kau.. nasib baik xde org len. pasni xnk gi lg umah dia. huhu

    ReplyDelete
  3. Rohah >Bagi yang suka susu memanglah best tapi mel tak terminum. hihi

    tun_telani >Aduhai, drama air mata yang susah ni. Itu memang dah terasa sangat dalam hati tu orang tanya. Sabar ye tun. I tiap2 kali orang tanya i jawab 'InshaAllah tahun 2014 ada.Amin'. Then orang yang tanya tu mesti cakap amin gak. Cuma makcik sorang ni je sindir2 gitu. Jadi ku anggap macam angin lalu. Kalau tun tak mau g rumah makcik tu, aku lagi tak mau jumpa makcik yang sindir orang ni. Kang bergaduh pula. aha

    ReplyDelete