NASI

Nasi Lemak Basmathi..ya ampunn sedapnya

5:10 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sejak sebelum Ramadan lagi, internet di sini tak stabil. Pagi ada, laju lagi menjelang petang dah slow kadang2 tak dapat connect pun. Aku tak kisah sangat xde pun tapi bila tiba waktu nak bayar bil, nak beli barang online tak dapat buat transaksi duit mau garu kepala aku tunggu seharian. Sangat membuang waktu! Macam hari ni..sampai la ni tak dapat bayar barang yang aku nak beli. arghhh mau menjerit rasanya. Tapi kalau jerit, apepun tak dapat baik zikir, selawat ke dapat juga pahala. Ye idokkk? Kena muhabasah diri ni...sabarlah mel oiii

Ada hari tu aku tertonton rancangan Sedap di AFC, kucari2 resepi di web AFC takde pula. Jadi kumasak ikut ape yang aku ingat. Tiap2 kali aku buat, alhamdulillah mesti habis. Sedap le sesangat resepi ni. Hari Ahad lepas baru buat, semalam hubby minta lagi. Kebetulan ada blogger share resepi ni juga, alhamdulillah sama dengan apa yang aku ingat. hihi. Alhamdulillah.


Dalam rancangan tu dia guna beras basmathi, tapi aku guna beras biasa pun sedap juga. Berkali2 aku buat, aku kukus saja sebab lagi mudah. Petuanya santan di didihkan terlebih dahulu sebelum memasukkan bahan2 lain dan jangan masukkan garam dahulu. Kalau follow satu2, memang menjadi sedap nasi lemaknya.

Nasi Lemak Basmathi
Resepi: Chef Asmah laili. Rancangan Sedap, AFC

Sumber: Nely's Kitchen
 

Bahan2:-
4 cawan beras basmathi (mel guna beras biasa)
5 cawan santan (guna santan kotak)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1/2 cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk) (mel letak 2 batang)
1 batang kulit kayu manis (mel tambah)

4 biji buah pelaga
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Garam secukupnya
Perasa secukupnya

Cara2:-
1. Basuhkan beras. Rendamkan selama 15 minit dan toskan.
2. Dalam periuk rice cooker, masukkan santan, bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun pandan,buah pelaga dan kulit kayu manis.
3. Masakkan di atas api dapur hingga mendidih dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih, baru masukkan garam dan perasa.
5. Kemudian masukkan beras basmathi yg telah ditoskan. Tutupkan api.
6. Angkat periuk dan sambung masak ke dlm rice cooker dan tekan "ON". Biarkan hingga nasi masak.
7. Gunakan chopstik atau garfu untuk gaulkan nasi dengan perlahan agar beras tidak patah dan sekata masaknya.
8. Biarkan hingga nasi betul2 masak.


Mel didihkan air kukusan dan kukus santan dahulu. Setelah mendidih baru masukkan semua bahan sekaligus. Kemudian, kukus hingga masak. Setelah hampir masak, gaul nasi biar masak rata. Boleh hidang

Sambal Ikan Bilis
Resepi: mel

Bahan2:-
1 mangkuk kecil ikan bilis - dibasuh, ditoskan dan digoreng
*1 1/2 sb cili kisar
*2 bj bawang merah
*1 ulas bawang putih (*Kisar)
1/2 bj bawang besar - hiris
1 in halia - hiris
2 sb sos cili
Garam, gula merah

Kaedah:-
1. Tumis bawang besar dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam dan gula merah.
6. Angkat setelah kuah pekat. Hidang  

You Might Also Like

2 comment

  1. Ayu azmir >>kena try sendiri ni, baru tahu sedap ke tak ^^

    ReplyDelete