بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Kembali bersiaran setelah 10 hari bercuti. Alhamdulillah.
Salam aidilfitri buat semua umat Islam samada yang dapat balik kampung, yang tak dapat balik, yang ada kampung atau yang raya rumah sendiri je..kekeke ^^
Kami balik 5hb jam 9.20 pagi hari tu. Kepulangan yang hampir menjadi tragedi. Mau taknya, hampir terlepas penerbangan. Sampai2 nak ke kiosk tak boleh dah sebab kiosk ditutup sejam sebelum penerbangan. Di kaunter, terdengar 'Panggilan terakhir ke Kuala Lumpur'. Ha ko, mau tak macam nak nangis hampir terlepas flight. Kelam kabut daftar masuk beg semua. Alhamdulillah kami orang kedua terakhir naik flight dan selamat sampai di KL jam 11.15 pagi.
Seperti biasa balik ke Segamat dulu sebab bapak aii yang ambil di airport. Dah nak sampai rumah, ada kemalangan berlaku di lebuhraya Segamat-Kuantan. Masa kami sampai 2 ambulan & 1 kereta bomba baru beredar. Barangkali penumpang tersepit. Semoga mereka yang terlibat diberi kekuatan hadapi dugaan. Masa tu duk berdoa banyak2 janganlah perkara sebegini terjadi pada kami. Sebab tahun ni jauh nak berjalan dari satu negeri ke satu negeri.
Sehari sebelum raya, seperti biasa bakar lemang tepi rumah. Tiap2 kali buat memang akan ada orang beli. Mana taknya bapak aii kalau bakar lemang, dia buat betul2. Segala pulut santan semua dia takkan catu atau tipu2 punya. Nak bagi keluarga makan, mana boleh buat cincai2 je. Buatnya sikit je sebab tak larat. Jual pun murah je 3 batang RM20. Memandangkan dah ada menantu lelaki, jadi ringanlah sikit kerja bapak aii. Para wanita sekalian duk dapur potong daging tuk dimasak rendang ketupat.
Kemeriahan aidilfitri di hari pertama disambut dengan 'Baraan' iaitu kunjungan dari rumah ke rumah. Baraan akan mengunjungi tuan rumah yang ikut sekali. Maknanya kalau bapak aii tak join, maka mereka takkan datang rumah kami ramai2. Dulu kecil2 memang akan join sekali, dapat duit raya banyak wooo..Dah besar idokk ler nak ikut kan. Tolong mak je sediakan juadah untuk tetamu baraan yang datang. Seronok sangat tengok orang ramai2 datang rumah. Sangat meriah!!
Alhamdulillah tahun ni punya lebaran, kami berdua sangat gembira.
Sebab dapat cuti, dapat tidur lena dan dapat jenguk sanak saudara tak seperti tahun sebelum ni agak kelam kabut kerana cuti yang pendek & habiskan banyak waktu di jalan raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kot2 ada yang dekat Bintulu ni, meh jemput datang rumah mel.
3 comment
Selamat hari raya mel.....bestnya baraan tu
ReplyDeletelega tak tertinggal ye mel...selamat hari raya...
ReplyDeleteSuzie >Selamat hari raya juga kak.^^
ReplyDeletefazianbatrisyia >Alhamdulillah. Kalau tak beraya di perantauan jawabnya. Tak pun melabur lagi duit beli tiket baru..uhu