بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Menu berbuka semalam. Alhamdulillah ada lagi satu resepi yang menepati selera hubby. Suami suka. Aii siap tanya lagi, pasni boleh buat lagi ke? Boleh2, pedas2 manja katanya. hihi. Alhamdulillah memang sedap. Hari Jumaat dah hari ni. Hari Ahad akan tido di Bintulu dan membeli segala kelengkapan untuk dibawa pulang. Hari Isnin akan terbang balik ke semenanjung jam 9 pagi. InshaAllah moga dipanjangkan umur, dan dimudahkan urusan balik kali ni. amin.
Mode: Rindu pada family ^^
Mee Hoon Goreng Hailam
Resepi: curlybabesatisfaction
Bahan:-
600g mee hoon direndam beberapa jam dengan air sejuk dan toskan
200g daging dihiris & direbus + sedikit halia hingga empuk (fungsi halia supaya daging tak hamis)
150g isi ayam atau dada ayam dipotong cube atau hiris-(dilumurkan dgn air asam supaya tak hamis)
beberapa ekor udang ikut suka - mel tak letak
2 keping fish cake dihiris - mel tak letak
Bebola ikan & tauhu (Goreng & hiris) - mel tambah
sawi , taugeh & kobis panjang ikut suka
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang putih diketuk
beberapa cili padi diketuk (optional)
3 sudu besar cili kisar
5- 6 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada sulah
1 cube ayam atau serbuk ayam
beberapa titik minyak bijan
minyak masak biasa
garam + perasa secukupnya kalau perlu
Daun sup/bawang - mel tambah
Cara:-
1. Panaskan minyak masak biasa dan tumis bawang putih, cili padi & bawang hiris hingga naik bau..Masukkan beberapa titik minyak bijan, cili kisar dan biarkan hingga cili garing sedikit.
2. Masukkan bahan2 sos, kacau rata dan masukkan daging, daging ayam dan fish cake..biarkan seketika hingga daging serap sos2nya rasa apa yang kurang kalau perlu tambah garam & perasa tambahlah ya....
3. Masukkan udang gaul hingga sebati dan ..pecahkan telur dan biarkan seketika..agak2 telur dah mengeras sedikit masukkan mee hoon yang telah ditos tadi..gaul rata sehingga sos dan telur semua sebati..
4. Masukkan sayur2 sawi dan kobis panjang gaul rata. Akhir sekali masukkan taugeh gaul hingga sekat dan matikan api..siap untuk dihidang bersama cili jeruk
* Dagingnya mel kisar halus, tak rebus dan masukkan di kaedah no 2. Mel tak letak isi ayam

Cili Padi Jeruk
Resepi: curlybabesatisfaction
Bahan:-
segenggam cili padi + 4-5 cili hijau dihiris bulat
1/4 cawan cuka
1 cawan air
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
Cara:-
1. Masak bahan2 atas kecuali cili padi atau cili hijau. Bila mendidih matikan api.
2. Ketepikan periuk Biarkan dalam 2 minit barulah masukkan cili2 tadi..Kita buat macam ni sebab nakkan cilinya rangup bila digigit dan bukannya lembik ..Insyaallah bila dibiarkan seketika, cili akan berubah warna..
3. Bila dah sejuk betul2 barulah boleh masukkan kedalam bekas yang tertutup or botol..Siap dan bolehlah dihidangkan dengan mee goreng, nasi goreng atau mee sup atau sewaktu dengan nya..

1 comment
Salam mel.. dh siap2 packing ke? ke dh sampai bintulu? selamat pulang ke kampung.. xsabar nk blk kg jugak.
ReplyDelete