Sewing

Diy | Bias Tape

9:04 AM


Assalamualaikum. Tak lama dulu mel ada kongsi cara untuk buat bias tape maker, disini. Tapi mel tak cuba pun cara tu. Sebab tak lama lepas tu terjumpa ada orang jual alat buat bias tape. Lamaaa dah beli tapi mel jarang guna. Baru-baru ini pun ada rakan whatsapp mel beli dengan harga RM5 di kedai jahit. Mel punya lupa beli berapa, beli online je.

Pada mel bagusnya buat sendiri bias tape ni sebab kemasan akhirnya. Dapat guna corak yang sama dengan blouse yang mel buat. Tak renyah pun nak buat, cuma kena rajin saja dan tahu tekniknya. Kalau ada banyak perca kain memang bagus sangatlah dibuat bias tape. Buat banyak2, mana tahu satu hari nanti nak guna kan.


Bias tape yang mel letak pada leher baju sebagai kemasan akhir. Baju ni pun kelam kabut nak buat sebab nak pakai bercuti di Kuching itu hari. Alhamdulillah hasil akhirnya hubby suka. uhuu

You Might Also Like

3 comment