Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Ketam

11:04 AM


Assalamualaikum. Sejak dari minggu lepas hujan turun tanpa henti. Dari pagi membawa ke malam dan berterusan hingga ke hari ini. Pagi tadi renyai, sekarang masih mendung. Mel suka hujan. Alhamdulillah. Sebab air sungai penuh. Jadi tiada gangguan bekalan air gitu..Kalau nak keluar bandar pun tidaklah penat sangat berjalan. Sejuk saja. uhu

Mai layan mee ketam. Buatnya minggu lepas. Untuk makan malam. Kasihan hubby balik berhujanan jadi mel masakkan mee ketam untuk dia. Alhamdulillah sedap dinikmati panas2 time hujan turun. Resepi asal guna udang, tapi mel ganti ketam.

Mee Udang
Sumber : Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/kg mee kuning - lebih 1 kg
300 gm udang saiz L@apa2 saiz - mel ganti ketam
* *4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
1 sb petis  - tak letak
3 sb sos tomato - lebihkan sos - tak letak
1 sb sos cili

7 bj cili padi - ketuk. mel tambah
1 bj telur - mel tambah
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek - mel kisar keledek rebus dengan sedikit air
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng,
tambah telur rebus,tauhu goreng dan limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda **... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos. (Masukkan telur dan biar masak. Matikan api.)
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng. (Letak mee, sayuran yang dicelur, ketam dalam mangkuk. Tuang kuah. Tabur daun bawang dan bawang goreng. Sedia dinikmati)

You Might Also Like

4 comment

  1. wah menu tu menggoda sungguh..ketam pula favourite wana..rasa nak datang umah mel ja nak mintak..heheh...

    ReplyDelete
  2. salam singgah mel.. agak lama x makan ketam.. ni.. bila dengar resepi ada ketam ni terliur la jugak hii..tapi kalau dalam masakan mcm ni pun best jugak...

    ReplyDelete
  3. sedapnya.

    mel, tempat mel kena banjir tak !
    harap baik baik aja di sana ye.
    tale care

    ReplyDelete
  4. stressnyerr menengok ketam tuuuu... tun sukaaa mkn ketam, tp mmg cari nahas kalau makan.. ellergic teruk. dulu pernah sekali, dh terliur sgt, mkn la separuh ketam yg kecik tu.. tu pon mkn lepas telan antihistamin.. sekali sesak napas smp cungap2.. nasib baik x sampai kene injek.. smp 4bijik pil tun telan.. baru ok.

    ReplyDelete