RESEPI

Sambal Belacan

9:57 AM


Assalamualaikum. Badan tak berapa sihat. Tak daya nak celoteh panjang. Mai lah layan menu sambal belacan. Kebiasaannya mel buat banyak. Jadi frozen mana yang berlebihan. Bila nak makan defrost balik. So far rasanya memang sama. Mel ikut cara mak mel, memang suka letak bawang sikit dalam sambal belacan. Selamat mencuba

Sambal Belacan
Resepi: mel

Bahan A:
10 bj cili padi

10 bj cili padi hijau
1 tangkai cili merah
5 bj bawang merah
2 bj limau kasturi
1 in belacan 

Bahan B
Garam, gula

Air

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar semua bahan A hingga layu. Cili potong sedikit sebelum digoreng agar tidak meletup. Angkat dan toskan

2. Limau dibelah dan dibuang biji. Kisar dengan semua bahan A bersama air. Perasakan dengan garam dan gula hingga menepati selera.
3. Hidang dengan ikan goreng dan ulam-ulaman.

You Might Also Like

3 comment

  1. memang sedap sambal belacan macam ni kan mel..wana suka bubuh bawang..rasanya lebih terangkat..heheh..memang membuka selera makan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mel..nak nak sedapnya sambal belacan..cer pos skit kt Uj boleyy...terliuq ni...

    ReplyDelete
  3. assalam mel...wahhh..selera ni

    ReplyDelete