RESEPI

Telur Masin Perantau

10:13 AM


Assalamualaikum. Aik, telur masin pun nak buat sendiri ka? Kan duk dalam Malaysia juga? Tak dak jual ka? Amacam, terkeluar tak soalan ni dari fikrian anda? uhuu

Bukan apa, ragu2 menebal kan. Jadi sebaiknya kita buat sendiri sajalah.

Alhamdulillah hasilnya menjadi dengan jayanya. Mel guna telur ayam kampung. Perap 5 minggu. Masinnya sedang2 saja sebab hubby tak suka yg masin sangat. Jadi mel kurangkan kuantiti garam. Ada lagi 1-2 biji dalam peti ais tu.

Hari tu mel buat lagi nasi kerabu kelantan. Mel hidang dengan telur masin buat sendiri ni. Memang sedap.

Telur Masin Perantau ( Telur Ayam)
Sumber: jintanmanis


Bahan-bahannya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.

2. Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.

3. Susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.

4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

You Might Also Like

2 comment

  1. bagus juga kalau buat sendiri ni kan mel..terjamin kebersihannya dan kemasinan pun ikut selera..

    ReplyDelete
  2. Sedap ya pakai telur ayam...tak pernah mkn lagi..biasa guna telur itik je...

    ReplyDelete