Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Pasta Spiral Goreng

11:14 AM


Assalamualaikum.Semenjak menetap dalam hutan 2-3 tahun ni, pasta menjadi peneman setia. Tatkala malas masak. Tatkala xde idea nak masak apa. Tatkala bosan masak hidangan bernasi. Yang penting tatkala stok bihun atau mee siput habiss..hihii

Kebiasaannya memang main campak2 saja bahan2. Apa yang ada masukkan saja. Macam2 jenis dan bentuk pasta dicuba. Alhamdulillah memang laling mel pun suka sekali. Mel pun suka sebab pabila dihidang saja nampak cantik, menambah selera nak makan. Gitu..

Pasta Spiral Goreng
Resepi: mel

Bahan (2 orang):
1 pinggan pasta spiral – rebus al dente
½ bj bawang besar – hiris
5 bj cili padi – ketuk
1 in halia – hiris panjang
1 tangkai daun selasih – tak perlu lurut
1 keping burger ayam Ramly

Lobak - hiris panjang
Garam, gula
Olive oil 

Sos:-
3 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 sb sos worcestershire

Hiasan:
Lemon
Daun sup
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan olive oil. Masukkan daging burger. Terbalik2kan hingga 1/2 masak. Angkat & potong kecil.
3. Tumis bawang besar, cili padi dan halia bersama hingga kekuningan menggunakan kuali yang sama.
4. Masukkan sos, kepingan daging burger serta sedikit air. Biarkan sebentar.
5. Kemudian masukkan pasta, daun selasih dan lobak. Kacau rata
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Matikan api.
8. Hias dengan daun sup dan bawang goreng serta lemon sebelum dihidang.

You Might Also Like

4 comment

  1. makan macam ni pun sedap dan buka selera kan mel..ringkas..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mel amboii..cer anto kt Uj sepiring...terliur sungguh.....

    ReplyDelete
  3. tun pon mmg jenis yg ada stok pasta kat umah.. campak je apa yg ada dlm peti.. kih kih..

    ReplyDelete
  4. Simpelnya Mel...yg gini la sedapnya...main campak2 aje...!

    ReplyDelete