RESEPI

Roti Puri

10:11 AM


Assalamualaikum.Nampak gayanya tenggelam timbul mel update blog ni. Internet tak mengizinkan. Mood nak update ke lauttt, hari ni baru rajin mengadap laptop. Menanti nak balik kampung ni terasa lamaaa sangat tiba harinya. Tapi bila dah sampai je kampung, cepat benar pula habis cutinya..waktu..waktuu..uhuu

Oklah mari kita cuba resepi roti puri ni. Mel buat untuk sarapan minggu lepas. Kak ina, rakan group wassap yang bagi resepi. Terima kasih banyak2. Resepi diberi tanpa sukatan jadi mel olah sendiri. Alhamdulillah sedap, laling mel habiskan sepinggan. Gandingkan dengan sambal ikan bilis. Terbaiklah!

Roti Puri
Sumber: mel

Bahan2:-

100g tepung gandum
1 sk garam
1/2 sk baking powder
Hirisan daun sup - mel tambah
Air secukupnya
Minyak gorengan terendam


Cara:-
1. Satukan semua bahan. Uli hingga menjadi doh (seperti doh karipap). Tak perlu perap.
2. Ambil sedikit, bulat2kan dan leperkan. Jika melekat boleh sapukan sedikit minyak ketika leperkan. Tapi mel tabur tepung saja.
3. Setelah dileperkan, masukkan dalam minyak gorengan yang telah dipanaskan.
4. Terbalik-balikkan. Angkat setelah keemasan. Ulang proses 3 hingga doh habis.
5. Hidang dengan sambal ikan bilis atau sardin

You Might Also Like

2 comment

  1. Hari tu ada gak nmpk resepi roti puri ni..klau tak salah...letak yis kut yg tu...klau x letak pun mcm ni je ok ya.....

    Camtu lg senang keje ni...main uli je..:)

    ReplyDelete