KUIH

Popia Goreng

6:22 PM


Assalamualaikum. Mel ni peminat popia. Terutamanya popia goreng. Lagi suka jika intinya banyak. Dan kulitnya rangup. Memang makan sampai habis.

Itu hari terjumpa udang kering tawar, jadi memang sangat suka. Sepeket RM10 gitu. Selama ni mel letak udang kering biasa tu. Jadi popia ni memang ada kelainan. Laling mel turut merasai kesedapan popia ni. Alhamdulillah

Popia Goreng
Resepi: melinblossom

Bahan:
Kulit Popia
Minyak gorengan

(Inti):
1sb udang kering tawar - basuh dan cincang
1 btg lobak - dihiris nipis/sagat
1/4 bj kubis bulat putih- dihiris nipis
1 bj bawang besar - cincang
3 bj cili besar - cincang
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Tumis bawang besar, cili besar dan udang kering hingga kekuningan.
2. Masukkan lobak dan kacau.
3. Masukkan kobis dan tutup seketika. (Tak perlu masukkan air)
4. Setelah sayuran layu sedikit, masukkan garam. Kacau sebati (Jangan sampai sayur layu sangat, nanti hilang kerangupan)
5. Matikan api. tabur daun sup serata.
7. Angkat dan letak di atas penapis untuk membuang lebihan air.
7. Letak sedikit inti yang dimasak atas kulit popia dan boleh menggulung.
8. Goreng keemasan sebelum dihidang.
9. Sedap dimakan bersama sos pencicah

Kaedah menggulung: Boleh lihat di sini

You Might Also Like

2 comment

  1. Nyum2..sedapnya Mel..wana pun suka makan popia goreng ni..makan time panas2 memang cepat habis kan Mel..

    ReplyDelete