KUIH

Popia Goreng

8:02 AM


Assalamualaikum. Bercakap mengenai popia macam-macam inti yang jumpa.
Ada orang suka letak taugeh, ada pula suka letak sengkuang tapi popia ni mak aku punya versi.
Semua adik beradik aku suka makan. Kalau goreng petang-petang memang laju je habis.

Dah kahwin ni, buat untuk hubby dia pun ter'join' suka sama popia versi sebegini.
Intinya sayur tu dah cukup sihat tapi tang minyak nak goreng tu tak taula den nak kata apa kan.
Pandai-pandaila adjust suhu minyak tu masa masak jangan sampai popia ni serap minyak pula.


Resepi: mel

POPIA GORENG

Bahan (Inti):
1/2 sb udang kering - direndam dan ditumbuk
1 btg lobak - dihiris panjang
1/2 bj kubis bulat - saiz kucil. dihiris nipis
1 bj bawang besar - cincang
1 bj cili besar - cincang
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Tumis bawang besar, cili besar dan udang kering yang ditumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan lobak dan kacau.
3. Masukkan kobis bulat dan tutup seketika. (Jangan masukkan air kerana kubis akan mengeluarkan air)
4. Setelah sayuran layu sedikit, sesuaikan rasa (Jangan sampai sayur layu sangat, nanti hilang kerangupan)
5.Angkat dan toskan untuk membuang lebihan air.


Masa gulung boleh nak letak gam:-bancuh tepung ubi dengan air untuk jadikan gam atau guna kuning telur. Tapi oleh sebab dah biasa tak buat camtu, tekan-tekan je hujungnya pun takkan terlerai.
Dah siap semuanya, goreng sampai kekuningan.
Pastu, makan bersama sos cili atau kalu rajin boleh buat sos sendiri

Untuk menyimpan, letak dalam dulang dan bekukan seketika. Setelah beku, masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam pembeku. Boleh digoreng semula jika ingin menjamahnya.


You Might Also Like

0 comment