AIS KRIM

Ais krim Malaysia

7:51 AM


Assalamualaikum. Kalau di kampung je mesti ada jual aiskrim ni. Ais krim malaysia namanya.
Kurang pasti kenapa digelar sebegitu. Di rumah mak, ada jiran yang jual.20 sen satu.
Dulu memang gila dengan benda ni, bila dah besar, semuanya dah makin dilupakan.

Hubby kata dia suka perisa ni, jadi buat la perisa asam boi. Buatnya semalam tapi tengok pagi ni dah keras dah. Ditambah pula cuaca tengah panas, lagi nikmat makan aiskrim ni. Aku tiada sukatan sebenar. Korang kalau nak buat, bancuh dulu dan rasa manis ke tak airnya.

AIS KRIM ASAM BOI

-Bahan-bahan-

Sepeket asam boi merah
Air
Gula
Plastik aiskrim


-Kaedah-

1. Masukkan semua bahan dalam periuk (Guna api sederhana).
2. Kacau hingga gula larut . Angkat
3. Letak dalam plastik aiskrim bersama asam boi.
4. Siap untuk dibekukan


You Might Also Like

0 comment