Sewing

Tutorial | Invisible Zipper

9:47 AM


Assalamualaikum

Mood menjahit datang balik. Alhamdulillah.
Setelah sekian lama update entry masakan sahaja, hari ni berjaya update tentang menjahit pula.. yeahhh

Dalam banyak2 benda menjahit, invisible zipper (zip sorok) paling menjadi kegemaran mel.
Walaupun tidaklah pandai menjahit sangat, tapi setakat ni zip sorok inilah yang paling disukai. Semua baju pun kalau boleh nak letak la zip sorok ni ha.

Sekarang duk gila nak buat nursing blouse, jadi memang kena berkawan rapat dengan zip sorok ni.


*Boleh klik gambar untuk tumbesaran*

Mel guna tapak zip biasa sahaja. Kebiasaannya mel tak gosok pun sebelum jahit, cuma ada 2 tips yang mel amalkan masa jahit tu.
- Pastikan jahitan rapat ke gigi zip. Tp jangan sampai jahit atas gigi zip pula. Nanti x boleh buka pula (No 5)
- Ketika menjahit, sentiasa buka gigi zip. Supaya jahitan lagi rapat. (No 6)

Dah mulakan jahitan tu, pastikan jahit hingga hujung. Sampai tak boleh jahit dah. (No 7 dan No 14)
Jangan lupa tutup jahitan di bahagian dalam (No 18) dan akhirnya gosok. Siap!

Selamat mencuba


You Might Also Like

2 comment

  1. Ambik tempahan ke Mel?
    Mesin jahit rosak..! Sedih tgknya...smua kena jhit pkai tangan...huhuhu...
    Nk tgk nursing blouse Mel...bole? Msti cntik ni...

    ReplyDelete
  2. wah, rajinnya mel menjahit..bagus2, hobi yang baik..^_^

    ReplyDelete