Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Soto Ayam

9:51 AM


Assalamualaikum. Tengahari semalam hujan lebat sampai ke malam. Jadi pagi ni sejuk sangat la ye. Bulan2 puasa ni bila hujan, alhamdulillah memang seronok. Minggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan. Harapnya hujung minggu ni keluar beli barang hujan juga la. amiin. Takde la penat sangat travel pergi balik yang makan 2-3 jam nak sampai ke bandar tu. uhuu

Yang tak tahu menu apa untuk berbuka, boleh cuba hidangan soto ayam ni. Mel makan dengan bergedil (entry akan datang). Memang enak dan mengenyangkan. Kebiasaannya mel berbuka dengan kurma dahulu. Kemudian baru rasa supnya. Cukup ke tidak rasa masin semua. Lepas tu baru hidang.


Soto Ayam
Sumber : Mas

Bahan2
Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) - mel rebus dulu baru goreng

3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air atau secukupnya

Garam dan sedikit gula

Bahan Tumis
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
2 biji bawang merah- di hiris
2 ulas banwng putih- di hiris
2 btng serai- di titik
2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
4 ~ 5 biji buah keras

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya - Resepi di sini

2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Bergedil

Cara memasak :
1. Kisar halus bahan yang bertanda *
2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. ( Mel rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng. )

3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bawang merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi.
5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan
1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2. Setelah siap bolehlah di makan. Nak menambahkan kesedapannya.. boleh hidang bersama bergedil.

You Might Also Like

3 comment

  1. soto kegemaran family. rasanya mesti buat utk buka puasa hari pertama.

    ReplyDelete
  2. sdapnya mel.peberet sy jga.ni
    ingt nk buat minggu lps tp nasi impit dh hbs stok.hihi..

    thnks

    ReplyDelete
  3. Salam mel.. sedapnyer.. tun kalau mkn soto, bergedil lg byk dr nasi himpit. haha.. suka betul mkn bergedil.. ni menu wajib raya pertama kat umah mertua ai.

    ReplyDelete