AYAM

Kuih Cek Mek Molek & Bihun Sup

3:25 PM

My not so perfect kuih cek mek molek

KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan:
400g ubi keledek
1 cwn tepung gandum
Garam
Gula
Minyak

Kaedah:
1. Rebus ubi keledek. Angkat dan toskan.
2. Lecek ubi keledek hingga halus.
3. Masukkan tepung dan garam.
4. Uli sampai jadi doh.
5. Ambil sedikit adunan dan uli jadi leper. Masukkan sedikit gula dan bentukkan lonjong (hubby cakap macam bentuk air mata).
6. Goreng dan hidangkan


Kuih dan bihun sup ni santapan berbuka puasa semalam. Bukan apa, bayar nazar je. Alhamdulillah hajat tahun lepas tercapai. Hubby kata, jangan lambat-lambat tunaikan nazar, jadi itu yang puasa semalam tuh. Bihun sup ni request dari hubby. Aku tumpang je coz biasanya puasa ni, time berbuka, minum air yang laju dari makan.
BIHUN SUP

Bahan:
Bihun - rebus dalam air mendidih sebentar dan toskan
Mix vege - sawi, taugeh
Daun sup
Bawang goreng

SUP AYAM
400g ayam - potong kecik-kecil            
4 bj bawang merah - hiris                         
2 bj bawang putih - hiris                   
2 in halia - hiris                                  
1 sb lada putih
1 sk jintan putih                             
1 sk jintan manis                             
2 kuntum bunga lawang                   
1 btg kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
1 bj kentang - potong kiub
1 kiub pati ayam
Sedikit daun sup

Kaedah:
1. Didihkan air bersama ayam di dalam periuk rebusan.
2. Masukkan kiub ayam, kentang dan rempah2.
3. Setelah kentang lembut, perasakan dengan garam
4. Tutup api. Masukkan taugeh dan sawi, dan hidang dengna bihun.
SAMBAL KICAP                           
*6 bj cili padi                                
*2 ulas bwg putih  
*1 in halia                 
5 sb kicap
1 sk sos tiram 
Jus limau kasturi
Garam
Gula

Kaedah:
1. Tumbuk cili, bawang putih dan halia.
2. Campurkan semua bahan.
3. Kacau hingga bahan sebati.

Cara menghidang bihun sup
1. Letakkan bihun di dalam mangkuk. 
2. Tuangkan sup ayam
3. Tabur daun sup dan bawang goreng
4. Makan bersama kacang goreng dan sambal cili

Resepi: mel

SUNQUICK LEMON BERSODA

Bahan (1 gelas):                     
1 sb sunquick                               
1 sb gula   
1 bj limau nipis                            
4 sb air soda                           
Air masak        

Kaedah:
1. Bancuh sunquick, gula dan air masak.
2. Perah limau. Kacau.
3. Masukkan air soda
4. Masukkan ketulan ais jika suka.

You Might Also Like

0 comment