IKAN

Ikan Bawal Masak Pedas & Coleslaw

8:48 AM


Resepi: mel
IKAN BAWAL MASAK PEDAS

Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 bj tomato - belah 6
1 labu bawang besar - hiris
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 btg cili besar - hiris
Sedikit daun sup
Garam dan kunyit
Gula
Minyak

Kisar:
5 tangkai cili kering
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 btg serai
2 in halia

Kaedah:
1. Bersihkan ikan dan lumur dgn garam dan kunyit. Goreng sampai masak, toskan dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, tomato, bawang besar dan sedikit air. Kacau.
4. Masukkan ikan. Kacau rata.
5. Sesuaikan rasa dan angkat.
6. Taburkan daun sup dan hidang dengan nasi panas.

COLESLAW

Bahan:
Kubis - cincang
Lobak - cincang panjang
2 sb mayonis
1 sk cuka/jus lemon
Garam
Gula

Kaedah:
1. Kubis dan  lobak dihiris nipis.
2. Masukkan mayonis, cuka, garam dan gula. Kacau rata
3. Hidang


You Might Also Like

0 comment