KUIH

Cucur Udang

10:20 AM


Assalamualaikum. Jangan lupa sokongan anda terhadap bumi Gaza sekarang. Jika tidak mampu memberi sumbangan harta, titipkan doa untuk mereka di sana. Semoga Allah membantu dan memberi kemenangan buat penduduk Palestin. Amiin.

Pada yang tak tahu nak masak apa berbuka nanti, boleh cuba cucur udang yang sedap ni. Kalau tak ramai yang nak menjamah, jangan buat banyak2 ye. Ingat kesengsaraan mereka di Gaza tu, sebagai mendidik akhlak kita dan juga anak2. Harus bersyukur.

Cucur udang ni mel buat dimakan bersama rojak mee itu hari. Adunan mel buat lebih dan goreng keesokannya masa sahur. Cicah dengan sos cili. Sedap. Alhamdulillah

CUCUR UDANG My Sifu
Sumber: masammanis



Bahan:-
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh yeast segera
1/2 camca teh baking powder
secubit garam
secubit gula
1 sudu besar udang kering ~ mel letak udanng segar banyak2
1 biji telur
200 ml air suam
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 batang cili merah ~ dadu kecil
1 gengam taugeh ~ jika suka
1 pokok daun kucai ~ hiris ( kalau tak de daun bawang pun boleh)
1/2 biji kentang ~ di sagat
1/2 batang carot ~ disagat
1/2 kg udang basah ~ kopek kulit belah belakang buang hitamnya



Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati
2. Kemudian perap sekejap anggaran 1/2 jam. letak dalam peti ais pun ok. Bila-bila nak makan bolehlah di goreng dengan minyak. 

3. Goreng secara terendam

You Might Also Like

4 comment

  1. Assalamualaikum mel amboi..melengkau-lengkau udangnyer...;)

    ReplyDelete
  2. Comel cucur udang Mel..akk Suka...pebret Dr duly smpi skrg

    ReplyDelete
  3. sy drp kecik tak reti mkn cucur udang...family lain mkn. ntah ikut sape la agaknya. hr tu jiran kasi 1 plastic cucur udang cicah kuah kacang.

    ReplyDelete
  4. alahai comelnya bntuk.. msti lembut kn...

    ReplyDelete