Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Penang Asam Laksa

8:26 AM


Assalamualaikum. Dalam pada kita berdoa setiap hari tu, selit2kan doa untuk penduduk Palestin di Gaza. Mereka berjuang demi tanahair mereka. Boleh syahid. Kita ni entah macamana pengakhiran kehidupan kita. Maka banyakkan sedekah. Dengan bersedekah bukan kita yang bantu mereka, tetapi mereka sebenarnya yang membantu kita untuk mendapatkan pahala bagi bekalan di alam sana. Yang nak bersedekah untuk mereka, bolehlah lanjutkan sumbangan anda ke fb Aman Palestin.

Selain itu, elakkan juga pembaziran ketika berbuka mahupun sahur. Mel biasanya sediakan satu juadah saja, dan kuih. Lama2 dah pandai agak banyak mana perut makan. Hidangan laksa macam ni agak berat, mudah kenyang. Jadi sediakan kuih 2-3 ketul je. Sedap pun sedap. Cukup pun cukup. Yang penting jangan makan terlalu kenyang. Liat pula nak beribadah nanti. Alhamdulillah.


Penang Asam Laksa
Sumber:  CMG

Bahan-bahan kuah:
1 kg ikan kembong

1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain:-
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

Cara:-
 

UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK LAKSA ASAM PENANG :- Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera

You Might Also Like

4 comment

  1. Sedapnya Mel....mcm nak mintak semangkuk jer...hehe

    ReplyDelete
  2. Rajin buat laksa utk berbuka

    ReplyDelete
  3. laksa penang makan dgn otak udang atau petis tu mmg layan..hihi.. letak daun pudina sikit. :)

    ReplyDelete
  4. menariknya...rajin betul mel masak

    ReplyDelete